Saturday, 13 July 2013

Why why why?!

ARGHHHHHHH.

Aku baru nak update blog malam ni, baru nak klik new entry turus ade message masuk Wechat. Okay takpe, aku kene bantutkan niat memblogging harini. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


Pssst, salam ramadhan semua :)

Sunday, 26 May 2013

Ijabkabul

Salam'alayk.

Dah lame kan? Aku rase, ini masenye. Bismillah.

Oh Allah.
If he's meant for me and I meant for him, let us be together through ijabkabul.

Oh Allah.
If we're not meant to be together, please avoid us from seeing one another.

Oh Allah.
If he's the right person for me, let his iman be the one I adore and let him make my way, our family easier to Jannah.

Oh Allah.
If he's not the right one for me, show him the right way so that he can lead others instead.

Aamiin Ya Rabb.


Truely,
Hidayah Zahari.

Monday, 18 February 2013

Ya Ummi

Salam'alayk.

Begitu banyak yang aku nak ceritakan tapi mase tak mengizinkan dan juga tetapi, tak tahu kenapa untuk entry kali ni terdetik aku nak luahkan ape yang terpendam dalam hati aku.

Cuti semester empat aku dah pun berakhir. Sepatutnya aku sudah pun berangkat pulang ke Johor, semalam (Ahad) tetapi perasaan dan keinginan yang sangat mendalam untuk anjak lagi sehari cuti dan aku telah berbincang dengan rakan-rakan aku; Kak Fiza, Faizah untuk pulang pada hari Isnin dan dorang pun setuju.

Cuti terasa cepat berlalu. Pejam celik pejam celik, dah sebulan aku cuti. Sepanjang cuti sebulan ni banyak masa aku habiskan/luangkan dengan keluarga aku. Bila lagi nak jumpa dorang. Cuti panjang pun sekali setahun. Pasni semua cuti jap-jap je.

Aku tersangat rindukan keluarga aku. Alhamdulillah. Perjalanan kami dari Shah Alam ke Johor tadi dipermudahkan. Berkat du'a dari ibubapa kami. Walaupun aku tiba kat rumah sewa dalam jam tiga, tapi aku selepas tu aku sebok mengemas beg-beg dan persiapkan diri aku seleum maghrib. Memang tak dapat nak rehat lagi. Tidur pun tak sempat lagi. Drive 4 jam, sampai sekarang tak dapat nak rehatkan diri.

Aku tak tahu kenapa aku macam ni. Kalau ikutkan, bila kite dah bersama ngan kawan-kawan kite, kite jadi okay. Itulah sepatutnya jadi kat aku. Tapi aku tak tahu kali ni aku tak de rase pape. Cuti panjang kali ni banyak memberikan kesan yang dalam buat diri aku. Kerana?



Mak dan abah. Pagi tu mak tak pi kelas sebab nak tunggu aku bertolak. And pagi tu aku xsempat nak salam abah sebab aku bangun lambat. Bila bangun, abah dah pergi kerja. Aku nak drive balik pun sayu je, lagi-lagi bila tengok mak kat pagar sambil lambai-lambai kat aku. Ya Allah.. Aku tak nak balik.

Aku tahu abah banyak berkorban untuk aku. Aku tahu dia nak aku gembira, lengkap dengan segala-galanya. Ape aku nak, semua abah bagi. Tapi apa aku bagi kat abah? Tak de. Allahu.. Teruknya aku. Pointer aku semester lepas turun mendadak. Tapi Abah tetap cool dan terima dengan redha. Aku tahu, dia bukan nak lihat pada pointer aku tapi dia nak lihat pada pengakhirannya nanti aku mampu membanggakan abah sebab aku tahu abah memang nak aku jadi macam dia satu hari nanti. Cuma berkali aku bagitahu, aku bukanlah antara yang cerdik dalam kalangan adik-beradik aku. Aku sederhana. Aku takut aku tak mampu nak lakukan. Abah bagi segalanya. Terdetik di fikiran aku siang tadi sambil-sambil aku mengemas beg, abah bagi belanja sangat cukup. Lebih dari cukup. Kenapa aku tak pernah nak simpan sikit sekalipun belanja tu utk diri aku? Kenapa aku boros? Kenapa? Kenapa aku tak tahu nak menghargai? Allahu.. :'(

Mak pula antara yang sentiasa beri semangat kat aku. Mak sangat penyanyang. Malam terakhir before nak balik, malam tu mak datang ke balik aku. Masa tu aku tengah tidur. Kemudian mak terus baring sebelah aku. Aku seda kehadiran mak dan aku terus peluk mak. Aku tahu mak pun rasai ketiadaan aku kat rumah nanti. Tiap kali dengar lagu Law Kanana Bai Nana, mesti aku akan teringatkan Mak. Mak memang minat sungguh dengan lagu tu. Mak selalu pesan aku agar aku tak tinggal solat. Itu penting. Dia juga bekalkan aku ayat-ayat pelinndung. Dia sentiase ingatkan aku yang tiada apa yang kita perlu takutkan melainkan yang Satu, Allah.

Aku rindu mak. Aku hantar 'sms' ke no mak sebelum aku taip entry ni. Dalam 'sms' aku.. 

"Mak.. Ida rindu mak. Sekejap je cuti kan. Selamat malam, mak.."


Ringkas. Macam-macam aku nak cakap tapi cukuplah sekadar ni. Aku sedih sangat saat ni. Saat ni aku cuma bayang semua ahli keluarga aku. Bila lah lagi kami semua boleh berjumpa dan berkumpul lagi.. Seronok nya aku bila semua mereka ada kat rumah. Aku bahagia. Allahu..

Aku sayang dorang. Aku takut kehilangan dorang. 


Abah. Mak. Along. Kak Ina. Abang Fiq, Aus.. Ida sayang semua.





p/s : Saya tahu abang saya sedang membaca entry ini. Dan jika ya.. Abang Fiq, kirim salam semua. Ida sayang semua. Terima kasih sebab mampu menjadi seorang abang yang penyayang. Sukar mencari seorang abang yang tabah dan penyayang seperti mana apa yang Ida ada sekarang. 


Yang Ikhlas,



Saturday, 9 February 2013

Part 1 : Ibnu Nafis Programme

Salam'alayk.

I'm backkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Oh my, boleh tak nak jerit? Okay, gila dah ni. I didn't post an entry these days! Like seriouslyyyyy and guess what we're in 2013! Oh please, wake up Yad!

Dah Februari baru aku nak terhegeh-hegeh realize yang sekarang dah 2013? Too bad, sorry. Aku sangat busy. Biaselah, orang terpenting. Hahaha okay gurau. As I mentioned earlier, YES exactly you're right. Aku tak update any entry since last November. So lama jugak lah kan aku tinggal menaip blog ni. Yaa yaaa, knew that.

So! Currently in holiday's mood. Please switch off any assignments, lectures, stresses and such. Mid Januari haritu aku baru je habis final untuk semester 4. How was everything? Hmm.. Everything was bad, anyway. Aku tak tahu laa. Every semester become more more more harder than you expected! Aku rasa cam tak dapat nak perform. Makin lama, belajar makin susah. Makin lama, macam aku dah nampak carrier aku. Uuuuh.

Terlampau banyak aku nak cerita sampai aku tak tahu nak mula yang mana dulu. But then , just follow the flow. Last entry haritu pasal Anugerah Dekan isn't it? Sekarang aku nak cerita moment yang pasti aku, kawan-kawan aku semua takkan lupa. Yes, another penghargaan laa buat kami semua from fakulti kami. So here it is :)

"Yeay! Short-listed! Nama gua di nombor ke-17 :D"

I have been selected by the faculty to join this Ibnu Nafis Programme. At first, macam-macam terfikir. Ni program ape seh? Aku dapat tahu bende ni melalui medium Facebook dalam group fakulti aku sendiri. Kalau tak silap, Encik Zubaile posted this picture and aku pun noticed bende ni. Tup tup check nama, ada pulak nama aku. And mostly, housemates aku sume ter-selected dalam senarai nama pendek ni. Kitorang cam macam-macam andaian laa kan. Ni kelas pemulihan ke hape? Ni kem motivasi ke? Ni kem kesedaran ke? Ni kem masuk hutan ke? Ni kem nangis-nangis ke? Ni kem hantu-hantu ke? Ni whattttt? 

Memandangkan program ni dibawah fakulti aku sendiri dan dengan kerjasama dari Pusat Islam, UTHM. (kot?, lupe. either Pusat Islam or KelabIqra. Sorry kalau silap). So bebudak ni bertambah lagi tanda tanya lagi sampai andaian kata ni kem islamic. Hahaha lawak-lawak sungguh. And macam-macam andaian sorang ni buat. Aku pulak macam biase. Buat tak tahu. And macam tertanya-tanya nak packing ape (well, ni adalah obvious aku kalau kemas barang) since kitorang tak tahu langsung ape tentatif nye. Dengar cerita masuk hutan, aktiviti lasak and such. So ape lagi, aku kemas barang2 yang lasak-lasak lah. Hahaha.

Sorry, aku tersangat lupe tarikh aku pergi ni bila tapi yang aku pasti dalam pertengahan bulan November. So program ni selama tiga hari, weekend. Yang paling best, fasilitator program ni semua daripada lecture-lecture kitorang sendiri! Tak import/upah dari mana-mana ye. Program ni telah diadakan di D'impian Resort Training  Centre di Muar. Boleh click sini untuk directly ke website dorang. And owner of this homestay jugak adalah daripada one of our lectures sendiri! Sangat mengkagumkan. :D

Hari jumaat after kelas around 2.30pm kitorang dah kene berkumpul kat depan DTII and gather bebudak kat situ. Actually Jumaat petang tuh aku full kelas sampai pukul 7 petang. Ape lagi, ponteng lah jawab nye. Memandangkan bebudak aku pun ramai yang dapat pi, so no doubt!

"Carilah mana aku. Cari haa sampai dapat :p "

Bus tak banyak, cume sebuah je since yang pi pun tak ramai. So ni keadaan before bertolak. Tengah tunggu lagi bebudak yang tak sampai lagi. Mengikut lecture, sebelum ni dorang buat kat merata tempat. Jauh-jauh pun ada tapi makin lama makin dekat pula ngan UTHM, hahaha. Dari UTHM nak sampai ke homestay ni di Muar tak lah jauh mana. Dalam 45mins macam tu. Dekat je beb. 

"Rumah idaman kami semua :p "

Okay fine fine fineeee. Kitorang sangat terkejut gila bila tengok tempat homestay ni. 

"Like seriously kite duduk sini?"
"Banglo sehhh, besar gileeeee"
"Ni program ape haa? Aku tak nampak hutan pun"
"Kat mana air terjun nye tuh der? Aku tak nampak pape pun"

Okay okay okay , girls. Serabut gile kot. Hahaha. Berdasarkan kajian yang telah kitorang buat, tempat tuh macam dalam hutan and ade air terjun and bla bla bla. Tetibe tengok-tengok macam suasana relax relax je. Hahaha, Kitorang hanya mampu gelak and 'hoorraaaaay' !

After semua dah check-in rumah banglo ni. Semua berebut pilih bilik masing-masing. Rumah banglo ni ada dalam 7-8 buah bilik. Bilik dorang besar-besar. Katil setiap sorang, but based on certain bilik jugak lah. Aku sebilik ngan bebudak section kitorang. Bebudak lepasan matrik semua berkumpul satu bilik. Bebudak lepasan dip semua bilik yang lain. Kitorang ni satu batch cuma kitorang hanya berlainan lepasan je, belaja nye tetap sama. Don't get confused, even lain-lain bilik tapi kitorang tetap rapat ngan akak-akak tu semuaaa sebab kitorang pun stay ngan budak kelas :)




Okay dah, stop. Kang post lelebih gambar nampak over pulak. Hahaha. Ni lah bilik kitorang, kitorang sumbat 12 orang weh. Actually boleh sumbat banyak lagi, sampai 20 orang pun boleh. Banyak katil kosong! Hahahaha. And jangan jeles, setiap bilik ada air-cond. *tetibe



Day 1

After semua orang dah check-in bilik, kitorang pun kene pi dengaq taklimat sat kat bilik seminar. So let's cekidaut yaw!

"Encik Zubaile memberikan serba sedikit penerangan tentang tentatif program"

See. Semua muke letih kemas barang, hahaha. Moment ni masa Encik Zubaile menerangkan serba sedikit penerangan tentang aktiviti yang akan diadakan. So let you know this.

Kitorang baru dijelaskan bahawa program ni adalah program untuk mereka yang memperolehi pointer CGPA (terkumpul) 3.50 ke atas bagi sesi 2011/2012. Alhamdulillah, satu lagi penghargaan buat kami. Kami diberitahu bahawa pelajar-pelajar lain juga dialu-alukan untuk hadir turut serta dalam program ni. Ni adalah salah satu hadiah dari pihak fakulti buat kami. Dan ini adalah batch pertama yang pihak fakulti buat untuk pelajar yang memperolehi CGPA 3.50 ke atas. Tahun-tahun sebelum ni, program ini diadakan dan memfokuskan kepada student yang memperolehi CGPA 3.00 ke bawah.

Selama tiga hari kami di sana, kami akan didedahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menaikkan semangat kami dalam terus menju kejayaan. Eceh! Poyo je. Hahaha. Tapi kalau korang notice, lelaki yang datang just dua orang je kan? Iaitu Hadi and Daniel. Sebenarnya empat orang lelaki tapi yang lagi dua orang tuh dorang tak dapat hadir, maybe ade hal since yang lagi sorang tuh si Luqman mungkin busy dengan MPP while Syafiq.. I have no idea for that.

So hero-hero dua orang ni laa penyeri program tu. Yelaa, sapa lagi nak sakat kalau bukan dorang kan? Hahaha. Nape nada aku cam geli je? Eiii. Aktiviti seterusnya pula telah diadakan selepas solat isya' :)


"Bakal-bakal syurga, insha Allah :') "

Selepas solat isya', kitorang pun dikehendaki berkumpul balik kat bilik seminar untuk LDK. Macam biase bagi setiap aktiviti lah yang kene perkenalkan diri semua kan tapi ni bukan setakat perkenalkan diri, campur sekali ngan free show setiap sorang. Hahaha.

"Berebut kutip gula-gula"


"Sibuk dengar penerangan oleh fasilitator bertugas."

Malam pertama program, kitorang dah kene buli dengan aktiviti yang paling seram bagi aku. Hahaha. Kitorang kene berebut amik gula-gula kat dalam kotak beracun kat depan. Yang tak boleh blaa nye pulak. Si Hadi ni pulak boleh suruh aku amikkan gule-gule untuk dia. Mentang-mentang aku duduk depan. Tengok kat gambar dah tahu yang bebudak laki ni tak pi amik berebut gula, steady je berdiri kat belakang!

Aku pun dengan tangkasnya berebut. At first, aku tak dapat tau. Sobs sobs sobssss, tapi aku kuatkan diri aku tolak menolak dorang semua , akhirnya aku dapat hahaha. And aku lupe nak amik untuk Hadi and aku dgn gagah nye lagi berebut lagi untuk satu lagi gula-gula. Haish, nasib baik dapat! Lagi tak leh blaaa, bila si Zihah main belasah amik banyak gileeee gule-gule! Gilaaa betol budak ni, hahahahhaa.

So bebudak yang tak dapat gule-gule, kene dendaaa ! Hahahaa. And aku tak hingat sapa time tu kene denda. Dorang kene buat show kat depan, tak kisah lah buat ape-ape pun. But at the end, semua orang pun kene jugak perform kat depan. Aku tak tahu nak buat ape, aku just nyanyi berapa kerat je. And boleh pulak time tu semua lagu hilang dalam pale otak aku and aku blank, tak tahu nak nyanyi lagu ape, tapi aku bantai je. Aku nyanyi lagu "Aku Suka Dia". Bertuah sapa dengar suare aku tu hahaha.

"Bukan selalu nyanyi kat depan orang ramai kan? Hahaha "

Okay, settled. Bila LDK ni dah selesai, kitorang pun beralih ke aktiviti seterusnya iaitu performing a group. Ingat memandai korang nk pilih group? Group kitorang berdasarkan color plastik gula-gula. So, aku punye color purple and kitorang diberi masa untuk lantik ketua and cari nama kumpulan berserta gaya! Hahahaa


"List groups"

Group 1. "Retis Baq Hang!!". Group ni ramai oqg utaqa ni cheq nak habaq! Hahaha. Oh bytheway, group ni antarenye ialah Zihah, Kak Bella, Hajar, Kak Jorah, Kak Fiza, Kak Yana and others. Haa tengok aaa dorang punye gaya tuh, tak leh blaaa. Hahaha

"Cube fokus Zihah, over sungguh. Hahaha"

Group 2. "Macanno". Another group yang semua perempuan jugak. Tapi group ni aku lupa ape trademark dorang :p. So, here they are. Kak Jue, Kak Ieqa, Kak Zira, Laila and others.

"Group akok-akok kite niiiiiiewww :p"

Group 3. "Galatics". Bajet kunun-kunun galaxy laaa? Aku dengar cam gediks-gediks pun ada. Hiksssssss! Group ni antaranye Sara, Mira, Kak Ruby, Hadi, Naddy, Faezah and others.

"Nampak tak kesungguhan Mr. Hardy tu? HIHIHI HIKSSSSSSS!"

Group 4. "Megatron". Dengar bunyi cam auuuuu seram + takut + hebat + besar. Hahahaha. Mereka terdiri daripada Yatt, Azza, Daniel Lee, Kak Diana and others.


Group 5. "PepelOhsemBebeh". Hahaha awesome kan? Group aku lah ni! Trademark kitorang "Kitorang tak gediks, kitorang awesomeeeee". Then si group Naddy replied, "Jangan nak gedik-gedik sangat lah!". Hahaha pandai ehhhhh!

"Memang gedik pun. Tengok aku dah tahu hahaha"


Hahaha selesai sudah sesi ice-breaking and perform group. Tu lah group kitorang sepanjang proram ni! :D

After semua nye dah selesai, kami pun bersurai. And ada jugak juadah supper kat ruang maka. Hehehe. Yang penting, dorang memang jaga setiap saat menu makanan kat sini. Sedap-sedap wehh! Hahaha.

"Semangat kau Zihah!"

Selesai sudah supper, kitorang pun semua masuk bilik masing-masing and tidur. Tapi tak tidur pun. Bebudak ni dok buat hingaq pa tataw. Main manje-manje pulak dah. Mentang-mentang sekali ramai 12 orang, tamak semua hahaha! Okay yang tuh sensored :p

Seterusnya Day 2. Tapi next posting eh. Sebab sebab banyak sangat tak larat satgi tercampur aduk banyak sangat. :p

P/S : All pictures are credited to Information Technology and Multimedia Faculty, UTHM.

Stay tuned!

Yang gediks, 


Monday, 12 November 2012

Secretly

Salam'alayk.

Alhamdulillah, sekarang kite dah berada di pertengahan November. Pejam celik, pejam celik, dah setengah semester aku lalui untuk semester empat ni. Biaselah, bila masuk midterm banyak lah kerja-kerja kene buat. Sangat sibuk dengan tests and assignments kene hantar. Minggu lepas, aku kene menghadap enam tests. Ya Allah, hanya tuhan ja taw ape yang aku rasa time tu. Selasa ada test Management. Jumaat ada test Graphic Programming. Sabtu aku ada paper Muet time pagi and time petang aku bergegas balik nak pi amik test System Analysis and Design. Aku hanya mampu tawakal ja. Bayangkan enam kertas kau nak kene back up. Sangat menguji aku.


Tapi lately aku dan kawan-kawan rumah sering diuji dengan sesuatu yang mampu melemahkan kita. Siapa? Iaitu, lelaki :) Sini aku cebiskan sedikit kata-kata semangat agar kita tidak mudah jatuh dengan percintaan di usia muda yang kadang kala bila aku fikirkan kembali, ia adalah satu keadaan yang hanya merugikan dari segi masa, hati dan perasaan and such. Mungkin korang boleh cakap :



"Ala, poyo lah yad. Kau pun dulu couple jugak. Dah putus tahu pulak nak cakpa macam ni"

Terserah. Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kite tak kan lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan tu lah yang akan mematangkan kita. Seriously. Moga kite sentiasa dilindungi Allah.


Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Dan Ya Allah, Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah.
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah dia dari ingatanku.
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta, Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Menegerti,
Berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.
Agarku dapat berbahagia walapun tanpa bersama dengannya.

Dan Ya Allah yang tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang.
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun  tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah, ya Tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku.
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.

Ya Allah..
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat.
Dengan rintihan dari hamba-Mu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat.

Menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Aamiin..
Ya Rabbal'Alamin..

Tulusly,






Wednesday, 24 October 2012

It's Showtime!






Salaam'Alayk everyoneeee! Boys and girlssss! Hihihi. Okay okay. It's been awhile huh I didn't update any entry? And tell you now, I freaking miss this! Nak dekat sebulan plus plus aku tak update ape-ape langsung and yaaa blog aku pun sunyi je. Traffic pun dah slow, maybe takde entry baru kot. Hihihi *perasan!

Okay, let's start. Aku dan kawan-kawan aku yang lain telah dijemput untuk menghadiri satu majlis under fakulti punye anjuran lah kan and ia adalah Majlis Anugerah Dekan 2012. Well as you can see the picture above lah. Alhamdulillah alhamdulillah nama aku tersenarai untuk hadir ke majlis ini. Aim majlis ni simple, untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM yang telah bekerja keras sehingga dapat perolehi keputusan yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang hadir ni adalah dari yang terpilih iaitu berdasarkan GPA every sem. So ni untuk sesi 2011/2012 which means ada dua semester. Dah nama pun anugerah dekan, so paham-paham la pointer nye berapa ye.


Sebenarnya setiap fakulti kat UTHM ni akan anjurkan majlis anugerah ni tapi ikut fakulti masing-masing la. Memandangkan fakulti aku ni tak lah seramai bebudak dari fakulti kejuruteraan as example, so pihak pengurusan telah organize majlis ni dibuat di Dewan Kulian 1, Library UTHM. Paling menakjubkan , semua Tg'ies Girls dapat anugerah dekan ni. Alhamdulillah. Tapi ada beberapa cerita di sebalik sebelum majlis ni berlangsung yang juga mengusutkan kepala aku semalaman.




Sebenarnya aku ada masalah dalam baju ape aku nak pakai. Kalau notice yang semester kali ni memang lah teramat xpernah aku gi kelas pakai baju kurung. Seriously :O ! Jadi, aku ada masalah pakaian apa yang aku nak pakai. Belek punye belek almari, adalah satu baju ni yang actually ni baju raya aku. Hahaha. Okay, poyo. And baju ni aku tersangat sayang ya amat. Why?


  • Baju ni aku beli sekali ngan mak aku. And paling menarik, baju ni dibeli masa raya yang ke berapa tah. Hahaha. Lambat kan shopping? Niat nak jenjalan je, tapi tetibe jumpe yang ni :D
  • Baju ni aku beli sepasang ngan mak aku cuma mak aku nye warna cokelat.
  • Sebab baju ni sangat unik and cantik :p Sebab die ada layer yang tinggi and membuatkan aku terasa "Wow".
Nak dijadikan cerita, majlis itu bertarikh 23 Oktober 2012 iaitu Selasa jam 1.45 petang. Malam Isnin aku dah keluarkan baju ni and around pukul 2 pagi aku gosok baju ni. Sesudah aku gosok, aku pun gantung lah kan. Tapi tetibe aku terasa macam ada konyot-konyot lagi since kain baju ni sangat la sensitif you know! Aku terpaksa pasang heat paling tinggi punyeee sebab lambat benorrr and aku pulak time tu dah nyanyok and memang terasa dah mengantuk gila. And aku pasang heat paling tinggi and aku pun teruskan meng-iron and suddenlyyyyy baju aku terkoyak u knowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww. Dalam hidup aku ni adalah kali pertama aku gosok baju terkoyak! Lubang nye sangat besarrr and lubang tu kat bahagian depan bawah. Aigooo, sangat memalukan and aku memang dah tak de bajuuuu nak pakai !

Malam tu tido pun penuh tak lena. Sangat berharap esoknye ada tukang jahit yang nak amik baju aku ni untuk di alter kan. Paginya aku bangun agak awal dari biasa. Hahaha. 30min aku cari kedai yang boleh alter. Banyak sebenarnya kedai jahit kat Parit Raja ni, tapi masalah nye semua taknak amik and tak buat alter. Sakit hati ya amat! Kebetulan aku pulak nak guna baju tu pukul 2 and time tu dah pukul 1030 pagi. Sampai laaa aku jumpe satu kedai jahit. Ya Allah, alhamdulillahhhh sebab akak ni nak amik baju aku tu. Kebetulan semua baju tempahan die dah siapkan and die pun tengah free. Setelah penat berbincang, dia telah cadangkan untuk tambah kerawang kat area bawah baju tu. Macam korang tengok dalam gambar baju kat atas tu, ada kerawang kat bawah baju. Haa, hat tu la yang die tambah. Kalau tidak, meamng berlubang weh kat bawah tu. And tetibe au tengok macam lawa la pulak baju ni bile dah tambah kerawang tu! :D So, dalam 1230 tengah hari baju aku siap. Aku pun bergegas pulang and siap-siap pi majlis :)

Ramai yang datang dalam anugerah tu. Pensyarah, staf-staf pengurusan dan teknikal and student-student yang terpilih. Mostly dari pelajar tahun 2, tahun 3 and ada juga pelajar yang tengah buat LI ( practical ). Best sungguh dapat berkumpul reramai macam ni. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan dari dekan fakulti.


Aku rasa sangat bersyukur dan sebenarnya terasa beruntung sangat dapat hadiri majlis ni. Kadang-kadang aku rase aku ni kecik sangat jika nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain. Terasa siapalah aku boleh ada dalam majlis ni. Walau apapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab beri aku kesempatan untuk merasa kemeriahan dan penghargaan ni. Jangan terkejut yang kitorang di panggil setiap sorang untuk kedapan and amik sijil. Kitorang dipanggil mengikut urutan nama dan sesi. Kau bayangkan jah, bila sampai kat depan and salam dengan dekan and tangkap gambar sama-sama ngan dekan. Fuh! Awesome okay! And paling tak best nye, aku duduk bahagian atas jugak la. Nak turun ke bawah tu, alahai jangan cakap sangat malu. Nasib baik aku tak pakai heels ke hape. Hadoii la. Jenuh nak sampai bawah. And paling tak boleh blah lagi, ada jugak cabutan bertuah and guess whatttt, aku dapat kau tahu tak jahhhhhhhhhhhhh!

Daniel Lee with me :)


Bebudak TGies semua tak dapat lucky draw ni. Aku and Daniel Lee antara yang dapat. Dorang cabut ikut no matrik masing-masing. Paling bestnya, aku memang dah agak dah memang aku tak kan dapat lah kan. Sebab aku meamng tak pernaahhhh terkena pun lucky draw ni. So this was my first time lah. Macam batak semacam. Eh tapi kan, seriously aku tak expect aku sebab time depa dok umumkan orang yang dapat lucky draw ni, aku memang tak dengar langsung and aku sebok dengan tablet aku and online Twitter and Facebook. Aku tak amik port langsung. Sekali orang tu sebut :


"AI110088 !!!!"

Tak ke terbeliak mata aku and pecah gegendang telinga aku bila dapat tahu yang no matrik aku menang lucky draw? Mengikut pendapat dari orang cina, nombor "8" ni sangatlag ONG. And aku sangat tak percaya sampai lah pada hari kejadian, memang naik pun nombor matrik aku ni haaa! Aku turun agak lambat sebab terkejut and gelabah pun ada sebab kene turun ke bawah buat kali kedua. Sangat malu ah. Gila punya. Kelas kau jah, tak nyesal pi hantar baju gi jahit! Hahahahahaha!

So bawah ni aku selitkan gambar-gambar selepas majlis tu. Kami dok tangkap gambar kegembiraan. Gambar-gambar diambil sekitar Library, UTHM dan menggunakan camera tablet aku :)





Alhamdulillah! Semua ni atas usaha keringat sendiri. Penat lelah selama ni. Biaselah, bak kata orang nak rasa manis kene rasa pahit dulu kan. Bukan senang-senang nak dapat. Walaupun hanya sijil, tapi dia sangat bernilai dan berharga. You know, kau boleh siap buat frame khas untuk sijil and gantung kat rumah. Then bile kau dah ada anak nanti, dorang tanya dengan bangganya kau jawab kan? Mesti anak-anak kau nak jadi macam ni juga. Who doesn't? 

Aku sangat beruntung dan berterime kasih kepada Allah kerana mengurniakan kawan-kawan yang sangat supportive and sangat saling bantu-membantu antara satu sama lain. Di sini aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa aku dan dengan bangganya, Dr. Zahari Bin Othman dan juga Puan Atikah Binti Latiro yang tak pernah putus-putus mendoakan kejayaan aku serta membekalkan aku dengan bimbingan agama yang cukup serta keperluan dan juga kehendak buat diri ku ni. Sangat berterima kasih kepada abahku yang selama ni menjadi tulang belakang dalam menyeport kewangan pembelajaran aku sepanjang aku berada di UTHM. Aku pasti akan ikut jejak abah aku tapi untuk setanding abah mungkin sukar tetapi niat yang baik pasti akan Allah tolong kan?

Terima kasih juga untuk pensyarah-pensyarah aku selama niiii tak kiralah secara langsung atau tak langsung, rakan-rakan seperjuangan, classmates, housemates, family and others! Terima kasih banyak-banyak. Halalkan segala ilmu yang diberi. Ecewah, macam besar sangat je kan anugerah ni :p



Aku sangat sangat terharu bila satu hari tu abah ade belikan aku satu gelang yang die beli khas dari Sabah. Sabah sangat popular dengan mutiara and kristal. Aku tak berapa minat mutiara. And abah telah belikan aku seutas gelang kristal punyeeee khas dari Sabah. Paling best, batu batu kristal tu abah yang pilih and also the color pun dia pilih cuma design tu je die suruh orang tuh design sendiri. Paling best, dia color pink + purple. Sangat lawa and aku jarang pakai sebab sayang. Takut hilang. Aku jamin ni memang betul kristal punye hahahaha. So, abah hadiahkan aku sebab kejayaan aku selama setahun di UTHM :')



Aku akui yang semester satu dulu aku mengharapkan ganjaran kalau aku berjaya dapat dekan. And aku tuntut kat abah, and abah bagi sejumlah wang. Tapi bila masuk semester dua, aku rasa tak patut aku mengharapkan ganjaran maka aku usaha tanpa mengharapkan apa-apa and yet, abah tetap beri aku hadiah tanpa aku tuntut apa-apa. Maka dia bagi aku seutas gelang :)

Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Aku berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku akan sedaya upaya untuk fokus 100% dalam studies aku dan juga kokurikulum. Aku taknak fokus pada akademik semata. In Shaa Allah, doakan aku ya. 



Perasaan gembira tu jangan cakap la. Sampai tak terkata and tak terkira. Aku doakan kite semua sentiasa dirahmati dalam menjalani harai hari yang mendatang. Semoga kita tidak lupa asal usul kita, dari mana kita datang dan yang pasti tak pernah lupe dengan yang Satu, Allah. In Shaa Allah. Moga berjumpa di entry seterusnya ya! Wasalam guys :)





"Man Jadda Wajada!"
(Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil!)


Tulusly,













Friday, 7 September 2012

Girls Shopping

Bismillahirrahmanirrahim.




Salaam'Alayk semua. Dah berkurun lamanya aku tak update blog. Mood nak update blog tak maiii pulak sejak kebelakangan ni. Plus, banyak kerja and hal nak di-settle-kan. *bajet busy . OK.

So, entry kali ni agak bosan. Hahaha. Bukan, bukan. Entry kali ni akan penuh dgn gambar. Gambar aku. Sebab nowadays, ramai kawan-kawan tak kira lah online atau offline banyak tanya aku kat mana and dimana aku beli outfits aku. To make this things clear, mostly outfit yang aku pakai memang aku beli online. So! Mak aku ada bisik-bisik kat aku.

"Beraninya Ida beli barang online. Tak takut dia tipu ke? Kot-kot salah saiz ke. Kan dah susah."

Mak aku takdela membebel tapi die akan sentiase cakap mcm ni. Hihihi. Okay, sebab ape aku suke sangat beli online and memang kerap beli online? Here :

  • MURAH. Tapi taktahu lah orang lain. Tapi bagi aku, mostly murah. Boleh jimat postage, terus beli sekali banyak kan. :D
  • BANYAK PILIHAN. Ni tak dinafikan, sangat. Taktahu lah nape tapi kalau nak dibandingkan seller yg jual offline mcm tak banyak pilihan. Kalau online ni, banyak pilihan and semuanye lawa-lawa. Tapi taktahu kot-kot aku ni je yg taktahu kat lua pun banyak pilihan kan . =.=
  • CUSTOM-MADE. Ok. Lagi satu sebab banyak online shopping ada butik sendiri and kebanyakkan dorang , dorang tak amik stock from supplier tau. Dorang akan design and jahit sendiri. Ni yang membuatkan aku lagi suka. Banyak pilihan. Boleh pilih color, design and else. :DD 
  • MALAS. Yes. Aku malas nak keluar kenkadang. Kadang-kadang la. Sebab jadual kelas tak menentu. Tu tak masuk lagi jadual lain. Kalau keluar pun aku banyak makan je. Tengok-tengok barang ni, kurang sikit.
  • JAUH. Aku belajar kat Batu Pahat, Johor. Soooo, sini tak ada shopping mall yang best untuk shopping-shopping. Sigh.. Demand kan. Tapi kalau kat tempat aku banyak sikit pilihan. :)
  • PASTEL COLOR. Guyssss, aku sangat suka pastel color. Sangattt. Kalau nak cari any dress yang pastel kat luar sangat susahhhhh and even macam tak pernah jumpe koddd. Hanya online seller je ada jual. Eceh! 
"Contoh warna-warna pastel"

And and and since ramai yang bertanya. Kat sini aku nak share and list beberape online seller yang aku kerap beli and memang takleh terlepas dari update dorang. So, let's cekidaut yawwwww.

=====================================================================


Ouuuuuuuuuuuuuh. Dimiliki sepenuhnya oleh Cik Nabihah. Or else aku selalu panggil dia, Biha :D . I'm one of her return customer okayyy. *bangga ke. Bukan. Cuma nak meyakinkan korang je. Aku dah bershopping kat sini dalam empat kali lah jugak. Yang paling ramai orang rembat, Luna Dress dia. Sangat lawa. The latest one, princess-cutting punya. And yeahhh, aku dapat rembat jugak :D . Tu la item paling hot sekali macam pisang goreng. Cepat je habis. And kat MiaSweetopia aku pernah beli Luna Dress, Curly Cardigan, Blouse, Princess-Cut Blouse and Candy Chiffon 50". Dont worry beb, yang pasti semua muslimah and tutup aurat. Candy Chiffon dia pun bidang besar. Try lah tau. Ni ranking no #1 ! :DD


"One of MiaSweetopia collections, Princess-Cut Luna Dress"


Alright. Kalau masih tak kenal dgn founder Aroush ni, nama dia Hanisah. Kakak kepada Dena Bahrin yang ramaiii orang minat tu. Hehehe. For those yang nak carik shawl labuh yang dari jenis kain yang best-best and jenis tak jarang and sangat labuhhh and besar, u may try this. Ni kali ke-tiga aku bershopping di Aroush. Shawl dia sangat selesa okay. At the moment, baru try Nadyne, Lulu and Syaima Shawl. Sangat comfotableeee. Recommended sangat! Ni untuk shawl lover boleh lah try Aroush. Aku pun suka shawl tapi sekarang ni nak balance kan shawl ngan tudung empat-segi. Skrg ni shawl sume singkat-singkat. Tak suka. So , try la Aroush okay! :D


"With 'Pink Belacan' Nadyne Shawl and 'Polka Dot' Lulu Shawl"


Alright. Kali ni Nourish production dia just tumpu pada hijab shj. Dress sume aku tak tahu pulak sbb aku just pernah beli sekali je kat Nourish. Aku beli Heliza Shawl. Nourish pun salah satu yang jual shawl labuh. Heliza Shawl nii sangat labuhhhh okay. Sangat. Kalau u'olss salah lilit, habislah. Macam ape tah jadinya. And pakai ni perlu kesabaran yang tinggiii. Aku sampai nak mengamuk sbb pakai tak jadi. Tapi bila dah buat LIMA ENAM kali, alhamdulillah boleh lah sikit. Aku beli Mustard color. So, korang try match-kan dengar dress warna lain pulak . U'olls boleh try pi terus kat fan page dia. Skrg dia pun baru restock new Heliza Shawl. Rembat tawww. Oh yaa, Heliza Shawl ni lain dari shawl biasa. Dia ada tali khas! Tu yg unik. Hihihi. Okay , selamat mencuba ;D



Sekarang trend orang pakai Mermaid Dress kan. Korang perasan tak? Ke tak perasan. Hahaha. OK. Aku pun salah sorang tak nak tinggal. Kelas kau jah! But then, banyak seller yang jual Mermaid Dress ni. Tapi aku tetap suka NuuraShop punya SEBAB dia murah and labuh. Kalau korang tinjau-tinjau kat seller lain, mostly dorang jual RM50+ . Ada yang RM60+ . Mahal giler. Ni aku beli below RM50 okay. And from NuuraShop ni dia labuh and boleh tutup peha part kaki korang. And dia jenis besarrrrr. Tak macam certain yang dorang jual agak pendek. I tak sukaaaa. And from NuuraShop jgk, aku beli ZigZag skirt. Still murah. And yet, aku siap dapat free postage sbb beli dua items. See? JIMAT okayh. So aku matchkan outfit ni dengan Heliza Shawl. Nak tengok outfits, please refer gambar atas ni yang color mustard tau. :)


Aziya ni dia jual memacam. Tapi tetibe haritu aku terpukau dengan cardigan labuh dia. Paras lutut. And I just love itttttt :DDD. Aku beli colour purple. And yet, MURAH lagiiii okay. Below RM50. Sangat murah. Korang kena pandai cari. Ada yang jual cardigan labuh sampai RM50+. Pastu paling best, cardigan dia jenis labuh and longgar. Tak ikut shape badan. Yang pentinggg, tutup aurah! Tu prinsip kita sebenarnya. Hihihi. And nanti kalau dia restock, pasti aku nak rembat lagii selai :D


"Yang pasti labuh and tutup punggung :D"


PopLook adalah salah satu heaven shopping aku paling best. Aku dah membeli-belah kat sini since 2010 kodd kalau tak salah. Aku suke apparels dia. Banyak pilihan. Ada sizes. Longgar, Long-sleeves and else. Tapi selalu beli skirt and dress jela kodd kat sini. Kain dia sangat best and yang paling lagi best, FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA! OK. Gila kan. So, jangan tunggu lama-lama. Shopping okay!

"PopLook's Skirt"

Sudah. Hihihi. Tu yang paling kerap intai-intai laaa. Tapi ada yang lain juga cuma takdak gambar nak view. So, kat bawah ni aku list kan seller yang selalunya jadi bahan rujukan aku. Moga-moga jangan rambang mata ye. Hihihi.

1. CalaQisya - Dress sangat lawa. Please cepat-cepat grab sayangggg.
2. CalaMan - Penggemar kasut-kasuttt boleh la 'bookmark' page ni yaw!
3. NurulWonderWardrobe - Best Quality ever! Please try, deariesssss
4. ChantekDress - Kalau nak cari another Mermaid Dress, leh try sini.
5. BajuGraphy - Baju kat sini sangat lawa! And banyak dress labuh jg.
6. QeeraCollection - Baju kurung dia semua lawa-lawa. Boleh tgk :)
7. NurTasnimCollection - Another baju kurung collection :)
8. OldBlossomBox - Koleksi warna-warna pastel :DDD
9. Padieka - Dress labuh yg lawa.
10. ILovePastelina - Paling feveret punya pastel website :D
11. MissLilyShop - Ada custom-made utk Peplum Dress!
12. GetGorgeous - Colourful aparels! Love it :D
13. AshanimDressLab - Cardigan labuh? HERE! *Owner ni taja banyak artis :)
14. Deenify - Muslimah Shirt. MY FAV AMONG THE REST, SERIOUSLY :)
15. TudungNur - Tudung labuh. Upon request. Custom-made. FAV <3

===================================================================

Setteled. So tu lah antara seller yang aku kerap visit lah. Ada lagi ni haa, tapi yang lain-lain tu semua yang aku tak berapa nak kerap sebab bukan taste aku. Ada seller jual shawl/tudung tapi jenis singkat and bidang kecil. Sorry, tak dapat nak listkan sbb aku listkan yang better kita pakai sbg muslimah. And maybe dalam list aku bagi tu ada jgk yang pakaian nya yang tak mengikut syara' saangat but yet, you guys dah besar and dah boleh menilai :). Sweet kan bila kita pakai something yang menutup aurat. Percayalah sayangku :')

Hihihi and yesss, esok aku dah berangkat ke Johor. Mula hari aku yang busy. Tiga minggu cuti raya memang tak cukup. Haritu sempat lah menelaah kat Sunway Pyramid beli apa yang patot. So I bought these thingssss :D


Four Square Bag, Board, Cat Shampoo (All from Daiso Japan). Anna Sui Mirror. Shirt Princess on Board. Orange Flat from Brand Outlet. Cleanser and toner both from Yves Rocher. Still guys, I didn't buy any dresses or aparels okayyyyy. Semua biasa. Tak ada yang unik. So i jst grab these. Flower bag tu untuk letak stationery aku bila naik semester baru nanti and barang-barang lain. Board tu untuk notes-notes aku utk ditampal. Shampoo untuk my catssss. Cermin utk peribadi iiiiiii. Huhuhu. Kasut untuk jalan since kasut flat aku tak banyak. 

Oh bytheway, nak introduce kite punye kegemaran cleanser :D


it
is
from
YVES ROCHER !!

Agak over kan. Sorryyyy. Lupa nak caerita pasal kasut and bags. Usually bags aku tak kesah sangat. Asalkan ada yang aku suka, aku beli. Murah mahal, asalkan lawa. Tapi bab dresess semua tu , part tu demand sikit. Part bags ni langsung tak amik port! Tapi aku sangat amik port bab kasut. OK. Sekarang ni aku banyak kasut heels, wedges and mcm2 lagi. Flats sangat lah tak dak. So, aku dah tak berapa nak pakai tinggi-tinggi tu since aku pun memang dah tinggi kan. Ehe.. Actually sebab tak manis kan pakai kasut yang bunyi-bunyi yang boleh tarik perhatian orang. Bukan nak berlagak baik, cuma nak jad baik :'). So kasut memang aku TAK PERNAH beli online. EHH? Ade kot sekali dulu. Tapi nasib baik muat! Well, kaki aku sangat besar and lebar. Sangat susah nak cari kasut.




Gambar pertama from Carlorino and yang kedua from Brand Outlets. To be honest, aku sangat suka Brand Outlets. You know, kasut dia semua FLATSSSSS. And paling best, saiz dia semua till 10 ! OK, memang heaven. Haritu aku kat dalam Brand Outlets nak kat sejam lebih cari kast. Banyak sangat wehhhh, taktahu nak pilih mana. Tapi kasut, aku jenis tak kisah. Ada saiz, aku rembat. Dude, Bata pun aku pakai tauuu :DD

And ada juga tanya what type of tudung actually yang aku pakai. Awak. Ye, kita dulu pakai bawal bidang 45" tapi kite buat labuh since bawal tu sangat jarang. And now, dah berjinak-jinak ke shawl labuh. Tutup dada, tutup belakang. And mula berjinak ke tudung Akel Bidang 50"/60". Kadang-kadang pakai Akel juga :) Alhamdulillah, setelah lima bulan penghijrahan aku rasa tenang. Doakan sama-sama utk aku tau.

So guys. That's all for now. Rase macam kali ni banyak upload gambar. Hahaha. Mungkin nampak aku agak membazir but actually I am not :p Hahaha. Gurau je. Ok camni. Siapa kata Islam tak bagi kita bergaya semua. Boleh sayang. Tapi ikut syariat lah ye. Tutup yang wajib. Oh yaa, jangan terlalu tabbaruj (berhias berlebihan). Nak tahu something? Kalau keluar kan, I don't wear any make-up. Even a lip balm. Aku jst pakai pack powder. That's all.  Pakaian tu as long as tutup semua, LABUH and longgar.

Boleh bergaya, tapi ada caranya, Ikutlah formula ni sahabat :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + armsock + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan 

=

SOLEHAH !


Peringatan ni untuk diri sendiri dan semua yang berkenaan. Alright, any request boleh ajukan pada aku naa. In Shaa Allah. Moga entry kali ni bermanfaat. 

Uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan abada! 
Wasalam :)

Tulusly,