Monday, 12 November 2012

Secretly

Salam'alayk.

Alhamdulillah, sekarang kite dah berada di pertengahan November. Pejam celik, pejam celik, dah setengah semester aku lalui untuk semester empat ni. Biaselah, bila masuk midterm banyak lah kerja-kerja kene buat. Sangat sibuk dengan tests and assignments kene hantar. Minggu lepas, aku kene menghadap enam tests. Ya Allah, hanya tuhan ja taw ape yang aku rasa time tu. Selasa ada test Management. Jumaat ada test Graphic Programming. Sabtu aku ada paper Muet time pagi and time petang aku bergegas balik nak pi amik test System Analysis and Design. Aku hanya mampu tawakal ja. Bayangkan enam kertas kau nak kene back up. Sangat menguji aku.


Tapi lately aku dan kawan-kawan rumah sering diuji dengan sesuatu yang mampu melemahkan kita. Siapa? Iaitu, lelaki :) Sini aku cebiskan sedikit kata-kata semangat agar kita tidak mudah jatuh dengan percintaan di usia muda yang kadang kala bila aku fikirkan kembali, ia adalah satu keadaan yang hanya merugikan dari segi masa, hati dan perasaan and such. Mungkin korang boleh cakap :



"Ala, poyo lah yad. Kau pun dulu couple jugak. Dah putus tahu pulak nak cakpa macam ni"

Terserah. Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kite tak kan lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan tu lah yang akan mematangkan kita. Seriously. Moga kite sentiasa dilindungi Allah.


Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Dan Ya Allah, Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah.
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah dia dari ingatanku.
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta, Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Menegerti,
Berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.
Agarku dapat berbahagia walapun tanpa bersama dengannya.

Dan Ya Allah yang tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang.
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun  tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah, ya Tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku.
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.

Ya Allah..
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat.
Dengan rintihan dari hamba-Mu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat.

Menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Aamiin..
Ya Rabbal'Alamin..

Tulusly,






Wednesday, 24 October 2012

It's Showtime!






Salaam'Alayk everyoneeee! Boys and girlssss! Hihihi. Okay okay. It's been awhile huh I didn't update any entry? And tell you now, I freaking miss this! Nak dekat sebulan plus plus aku tak update ape-ape langsung and yaaa blog aku pun sunyi je. Traffic pun dah slow, maybe takde entry baru kot. Hihihi *perasan!

Okay, let's start. Aku dan kawan-kawan aku yang lain telah dijemput untuk menghadiri satu majlis under fakulti punye anjuran lah kan and ia adalah Majlis Anugerah Dekan 2012. Well as you can see the picture above lah. Alhamdulillah alhamdulillah nama aku tersenarai untuk hadir ke majlis ini. Aim majlis ni simple, untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM yang telah bekerja keras sehingga dapat perolehi keputusan yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang hadir ni adalah dari yang terpilih iaitu berdasarkan GPA every sem. So ni untuk sesi 2011/2012 which means ada dua semester. Dah nama pun anugerah dekan, so paham-paham la pointer nye berapa ye.


Sebenarnya setiap fakulti kat UTHM ni akan anjurkan majlis anugerah ni tapi ikut fakulti masing-masing la. Memandangkan fakulti aku ni tak lah seramai bebudak dari fakulti kejuruteraan as example, so pihak pengurusan telah organize majlis ni dibuat di Dewan Kulian 1, Library UTHM. Paling menakjubkan , semua Tg'ies Girls dapat anugerah dekan ni. Alhamdulillah. Tapi ada beberapa cerita di sebalik sebelum majlis ni berlangsung yang juga mengusutkan kepala aku semalaman.




Sebenarnya aku ada masalah dalam baju ape aku nak pakai. Kalau notice yang semester kali ni memang lah teramat xpernah aku gi kelas pakai baju kurung. Seriously :O ! Jadi, aku ada masalah pakaian apa yang aku nak pakai. Belek punye belek almari, adalah satu baju ni yang actually ni baju raya aku. Hahaha. Okay, poyo. And baju ni aku tersangat sayang ya amat. Why?


  • Baju ni aku beli sekali ngan mak aku. And paling menarik, baju ni dibeli masa raya yang ke berapa tah. Hahaha. Lambat kan shopping? Niat nak jenjalan je, tapi tetibe jumpe yang ni :D
  • Baju ni aku beli sepasang ngan mak aku cuma mak aku nye warna cokelat.
  • Sebab baju ni sangat unik and cantik :p Sebab die ada layer yang tinggi and membuatkan aku terasa "Wow".
Nak dijadikan cerita, majlis itu bertarikh 23 Oktober 2012 iaitu Selasa jam 1.45 petang. Malam Isnin aku dah keluarkan baju ni and around pukul 2 pagi aku gosok baju ni. Sesudah aku gosok, aku pun gantung lah kan. Tapi tetibe aku terasa macam ada konyot-konyot lagi since kain baju ni sangat la sensitif you know! Aku terpaksa pasang heat paling tinggi punyeee sebab lambat benorrr and aku pulak time tu dah nyanyok and memang terasa dah mengantuk gila. And aku pasang heat paling tinggi and aku pun teruskan meng-iron and suddenlyyyyy baju aku terkoyak u knowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww. Dalam hidup aku ni adalah kali pertama aku gosok baju terkoyak! Lubang nye sangat besarrr and lubang tu kat bahagian depan bawah. Aigooo, sangat memalukan and aku memang dah tak de bajuuuu nak pakai !

Malam tu tido pun penuh tak lena. Sangat berharap esoknye ada tukang jahit yang nak amik baju aku ni untuk di alter kan. Paginya aku bangun agak awal dari biasa. Hahaha. 30min aku cari kedai yang boleh alter. Banyak sebenarnya kedai jahit kat Parit Raja ni, tapi masalah nye semua taknak amik and tak buat alter. Sakit hati ya amat! Kebetulan aku pulak nak guna baju tu pukul 2 and time tu dah pukul 1030 pagi. Sampai laaa aku jumpe satu kedai jahit. Ya Allah, alhamdulillahhhh sebab akak ni nak amik baju aku tu. Kebetulan semua baju tempahan die dah siapkan and die pun tengah free. Setelah penat berbincang, dia telah cadangkan untuk tambah kerawang kat area bawah baju tu. Macam korang tengok dalam gambar baju kat atas tu, ada kerawang kat bawah baju. Haa, hat tu la yang die tambah. Kalau tidak, meamng berlubang weh kat bawah tu. And tetibe au tengok macam lawa la pulak baju ni bile dah tambah kerawang tu! :D So, dalam 1230 tengah hari baju aku siap. Aku pun bergegas pulang and siap-siap pi majlis :)

Ramai yang datang dalam anugerah tu. Pensyarah, staf-staf pengurusan dan teknikal and student-student yang terpilih. Mostly dari pelajar tahun 2, tahun 3 and ada juga pelajar yang tengah buat LI ( practical ). Best sungguh dapat berkumpul reramai macam ni. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan dari dekan fakulti.


Aku rasa sangat bersyukur dan sebenarnya terasa beruntung sangat dapat hadiri majlis ni. Kadang-kadang aku rase aku ni kecik sangat jika nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain. Terasa siapalah aku boleh ada dalam majlis ni. Walau apapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab beri aku kesempatan untuk merasa kemeriahan dan penghargaan ni. Jangan terkejut yang kitorang di panggil setiap sorang untuk kedapan and amik sijil. Kitorang dipanggil mengikut urutan nama dan sesi. Kau bayangkan jah, bila sampai kat depan and salam dengan dekan and tangkap gambar sama-sama ngan dekan. Fuh! Awesome okay! And paling tak best nye, aku duduk bahagian atas jugak la. Nak turun ke bawah tu, alahai jangan cakap sangat malu. Nasib baik aku tak pakai heels ke hape. Hadoii la. Jenuh nak sampai bawah. And paling tak boleh blah lagi, ada jugak cabutan bertuah and guess whatttt, aku dapat kau tahu tak jahhhhhhhhhhhhh!

Daniel Lee with me :)


Bebudak TGies semua tak dapat lucky draw ni. Aku and Daniel Lee antara yang dapat. Dorang cabut ikut no matrik masing-masing. Paling bestnya, aku memang dah agak dah memang aku tak kan dapat lah kan. Sebab aku meamng tak pernaahhhh terkena pun lucky draw ni. So this was my first time lah. Macam batak semacam. Eh tapi kan, seriously aku tak expect aku sebab time depa dok umumkan orang yang dapat lucky draw ni, aku memang tak dengar langsung and aku sebok dengan tablet aku and online Twitter and Facebook. Aku tak amik port langsung. Sekali orang tu sebut :


"AI110088 !!!!"

Tak ke terbeliak mata aku and pecah gegendang telinga aku bila dapat tahu yang no matrik aku menang lucky draw? Mengikut pendapat dari orang cina, nombor "8" ni sangatlag ONG. And aku sangat tak percaya sampai lah pada hari kejadian, memang naik pun nombor matrik aku ni haaa! Aku turun agak lambat sebab terkejut and gelabah pun ada sebab kene turun ke bawah buat kali kedua. Sangat malu ah. Gila punya. Kelas kau jah, tak nyesal pi hantar baju gi jahit! Hahahahahaha!

So bawah ni aku selitkan gambar-gambar selepas majlis tu. Kami dok tangkap gambar kegembiraan. Gambar-gambar diambil sekitar Library, UTHM dan menggunakan camera tablet aku :)





Alhamdulillah! Semua ni atas usaha keringat sendiri. Penat lelah selama ni. Biaselah, bak kata orang nak rasa manis kene rasa pahit dulu kan. Bukan senang-senang nak dapat. Walaupun hanya sijil, tapi dia sangat bernilai dan berharga. You know, kau boleh siap buat frame khas untuk sijil and gantung kat rumah. Then bile kau dah ada anak nanti, dorang tanya dengan bangganya kau jawab kan? Mesti anak-anak kau nak jadi macam ni juga. Who doesn't? 

Aku sangat beruntung dan berterime kasih kepada Allah kerana mengurniakan kawan-kawan yang sangat supportive and sangat saling bantu-membantu antara satu sama lain. Di sini aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa aku dan dengan bangganya, Dr. Zahari Bin Othman dan juga Puan Atikah Binti Latiro yang tak pernah putus-putus mendoakan kejayaan aku serta membekalkan aku dengan bimbingan agama yang cukup serta keperluan dan juga kehendak buat diri ku ni. Sangat berterima kasih kepada abahku yang selama ni menjadi tulang belakang dalam menyeport kewangan pembelajaran aku sepanjang aku berada di UTHM. Aku pasti akan ikut jejak abah aku tapi untuk setanding abah mungkin sukar tetapi niat yang baik pasti akan Allah tolong kan?

Terima kasih juga untuk pensyarah-pensyarah aku selama niiii tak kiralah secara langsung atau tak langsung, rakan-rakan seperjuangan, classmates, housemates, family and others! Terima kasih banyak-banyak. Halalkan segala ilmu yang diberi. Ecewah, macam besar sangat je kan anugerah ni :p



Aku sangat sangat terharu bila satu hari tu abah ade belikan aku satu gelang yang die beli khas dari Sabah. Sabah sangat popular dengan mutiara and kristal. Aku tak berapa minat mutiara. And abah telah belikan aku seutas gelang kristal punyeeee khas dari Sabah. Paling best, batu batu kristal tu abah yang pilih and also the color pun dia pilih cuma design tu je die suruh orang tuh design sendiri. Paling best, dia color pink + purple. Sangat lawa and aku jarang pakai sebab sayang. Takut hilang. Aku jamin ni memang betul kristal punye hahahaha. So, abah hadiahkan aku sebab kejayaan aku selama setahun di UTHM :')



Aku akui yang semester satu dulu aku mengharapkan ganjaran kalau aku berjaya dapat dekan. And aku tuntut kat abah, and abah bagi sejumlah wang. Tapi bila masuk semester dua, aku rasa tak patut aku mengharapkan ganjaran maka aku usaha tanpa mengharapkan apa-apa and yet, abah tetap beri aku hadiah tanpa aku tuntut apa-apa. Maka dia bagi aku seutas gelang :)

Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Aku berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku akan sedaya upaya untuk fokus 100% dalam studies aku dan juga kokurikulum. Aku taknak fokus pada akademik semata. In Shaa Allah, doakan aku ya. 



Perasaan gembira tu jangan cakap la. Sampai tak terkata and tak terkira. Aku doakan kite semua sentiasa dirahmati dalam menjalani harai hari yang mendatang. Semoga kita tidak lupa asal usul kita, dari mana kita datang dan yang pasti tak pernah lupe dengan yang Satu, Allah. In Shaa Allah. Moga berjumpa di entry seterusnya ya! Wasalam guys :)





"Man Jadda Wajada!"
(Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil!)


Tulusly,













Friday, 7 September 2012

Girls Shopping

Bismillahirrahmanirrahim.




Salaam'Alayk semua. Dah berkurun lamanya aku tak update blog. Mood nak update blog tak maiii pulak sejak kebelakangan ni. Plus, banyak kerja and hal nak di-settle-kan. *bajet busy . OK.

So, entry kali ni agak bosan. Hahaha. Bukan, bukan. Entry kali ni akan penuh dgn gambar. Gambar aku. Sebab nowadays, ramai kawan-kawan tak kira lah online atau offline banyak tanya aku kat mana and dimana aku beli outfits aku. To make this things clear, mostly outfit yang aku pakai memang aku beli online. So! Mak aku ada bisik-bisik kat aku.

"Beraninya Ida beli barang online. Tak takut dia tipu ke? Kot-kot salah saiz ke. Kan dah susah."

Mak aku takdela membebel tapi die akan sentiase cakap mcm ni. Hihihi. Okay, sebab ape aku suke sangat beli online and memang kerap beli online? Here :

  • MURAH. Tapi taktahu lah orang lain. Tapi bagi aku, mostly murah. Boleh jimat postage, terus beli sekali banyak kan. :D
  • BANYAK PILIHAN. Ni tak dinafikan, sangat. Taktahu lah nape tapi kalau nak dibandingkan seller yg jual offline mcm tak banyak pilihan. Kalau online ni, banyak pilihan and semuanye lawa-lawa. Tapi taktahu kot-kot aku ni je yg taktahu kat lua pun banyak pilihan kan . =.=
  • CUSTOM-MADE. Ok. Lagi satu sebab banyak online shopping ada butik sendiri and kebanyakkan dorang , dorang tak amik stock from supplier tau. Dorang akan design and jahit sendiri. Ni yang membuatkan aku lagi suka. Banyak pilihan. Boleh pilih color, design and else. :DD 
  • MALAS. Yes. Aku malas nak keluar kenkadang. Kadang-kadang la. Sebab jadual kelas tak menentu. Tu tak masuk lagi jadual lain. Kalau keluar pun aku banyak makan je. Tengok-tengok barang ni, kurang sikit.
  • JAUH. Aku belajar kat Batu Pahat, Johor. Soooo, sini tak ada shopping mall yang best untuk shopping-shopping. Sigh.. Demand kan. Tapi kalau kat tempat aku banyak sikit pilihan. :)
  • PASTEL COLOR. Guyssss, aku sangat suka pastel color. Sangattt. Kalau nak cari any dress yang pastel kat luar sangat susahhhhh and even macam tak pernah jumpe koddd. Hanya online seller je ada jual. Eceh! 
"Contoh warna-warna pastel"

And and and since ramai yang bertanya. Kat sini aku nak share and list beberape online seller yang aku kerap beli and memang takleh terlepas dari update dorang. So, let's cekidaut yawwwww.

=====================================================================


Ouuuuuuuuuuuuuh. Dimiliki sepenuhnya oleh Cik Nabihah. Or else aku selalu panggil dia, Biha :D . I'm one of her return customer okayyy. *bangga ke. Bukan. Cuma nak meyakinkan korang je. Aku dah bershopping kat sini dalam empat kali lah jugak. Yang paling ramai orang rembat, Luna Dress dia. Sangat lawa. The latest one, princess-cutting punya. And yeahhh, aku dapat rembat jugak :D . Tu la item paling hot sekali macam pisang goreng. Cepat je habis. And kat MiaSweetopia aku pernah beli Luna Dress, Curly Cardigan, Blouse, Princess-Cut Blouse and Candy Chiffon 50". Dont worry beb, yang pasti semua muslimah and tutup aurat. Candy Chiffon dia pun bidang besar. Try lah tau. Ni ranking no #1 ! :DD


"One of MiaSweetopia collections, Princess-Cut Luna Dress"


Alright. Kalau masih tak kenal dgn founder Aroush ni, nama dia Hanisah. Kakak kepada Dena Bahrin yang ramaiii orang minat tu. Hehehe. For those yang nak carik shawl labuh yang dari jenis kain yang best-best and jenis tak jarang and sangat labuhhh and besar, u may try this. Ni kali ke-tiga aku bershopping di Aroush. Shawl dia sangat selesa okay. At the moment, baru try Nadyne, Lulu and Syaima Shawl. Sangat comfotableeee. Recommended sangat! Ni untuk shawl lover boleh lah try Aroush. Aku pun suka shawl tapi sekarang ni nak balance kan shawl ngan tudung empat-segi. Skrg ni shawl sume singkat-singkat. Tak suka. So , try la Aroush okay! :D


"With 'Pink Belacan' Nadyne Shawl and 'Polka Dot' Lulu Shawl"


Alright. Kali ni Nourish production dia just tumpu pada hijab shj. Dress sume aku tak tahu pulak sbb aku just pernah beli sekali je kat Nourish. Aku beli Heliza Shawl. Nourish pun salah satu yang jual shawl labuh. Heliza Shawl nii sangat labuhhhh okay. Sangat. Kalau u'olss salah lilit, habislah. Macam ape tah jadinya. And pakai ni perlu kesabaran yang tinggiii. Aku sampai nak mengamuk sbb pakai tak jadi. Tapi bila dah buat LIMA ENAM kali, alhamdulillah boleh lah sikit. Aku beli Mustard color. So, korang try match-kan dengar dress warna lain pulak . U'olls boleh try pi terus kat fan page dia. Skrg dia pun baru restock new Heliza Shawl. Rembat tawww. Oh yaa, Heliza Shawl ni lain dari shawl biasa. Dia ada tali khas! Tu yg unik. Hihihi. Okay , selamat mencuba ;D



Sekarang trend orang pakai Mermaid Dress kan. Korang perasan tak? Ke tak perasan. Hahaha. OK. Aku pun salah sorang tak nak tinggal. Kelas kau jah! But then, banyak seller yang jual Mermaid Dress ni. Tapi aku tetap suka NuuraShop punya SEBAB dia murah and labuh. Kalau korang tinjau-tinjau kat seller lain, mostly dorang jual RM50+ . Ada yang RM60+ . Mahal giler. Ni aku beli below RM50 okay. And from NuuraShop ni dia labuh and boleh tutup peha part kaki korang. And dia jenis besarrrrr. Tak macam certain yang dorang jual agak pendek. I tak sukaaaa. And from NuuraShop jgk, aku beli ZigZag skirt. Still murah. And yet, aku siap dapat free postage sbb beli dua items. See? JIMAT okayh. So aku matchkan outfit ni dengan Heliza Shawl. Nak tengok outfits, please refer gambar atas ni yang color mustard tau. :)


Aziya ni dia jual memacam. Tapi tetibe haritu aku terpukau dengan cardigan labuh dia. Paras lutut. And I just love itttttt :DDD. Aku beli colour purple. And yet, MURAH lagiiii okay. Below RM50. Sangat murah. Korang kena pandai cari. Ada yang jual cardigan labuh sampai RM50+. Pastu paling best, cardigan dia jenis labuh and longgar. Tak ikut shape badan. Yang pentinggg, tutup aurah! Tu prinsip kita sebenarnya. Hihihi. And nanti kalau dia restock, pasti aku nak rembat lagii selai :D


"Yang pasti labuh and tutup punggung :D"


PopLook adalah salah satu heaven shopping aku paling best. Aku dah membeli-belah kat sini since 2010 kodd kalau tak salah. Aku suke apparels dia. Banyak pilihan. Ada sizes. Longgar, Long-sleeves and else. Tapi selalu beli skirt and dress jela kodd kat sini. Kain dia sangat best and yang paling lagi best, FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA! OK. Gila kan. So, jangan tunggu lama-lama. Shopping okay!

"PopLook's Skirt"

Sudah. Hihihi. Tu yang paling kerap intai-intai laaa. Tapi ada yang lain juga cuma takdak gambar nak view. So, kat bawah ni aku list kan seller yang selalunya jadi bahan rujukan aku. Moga-moga jangan rambang mata ye. Hihihi.

1. CalaQisya - Dress sangat lawa. Please cepat-cepat grab sayangggg.
2. CalaMan - Penggemar kasut-kasuttt boleh la 'bookmark' page ni yaw!
3. NurulWonderWardrobe - Best Quality ever! Please try, deariesssss
4. ChantekDress - Kalau nak cari another Mermaid Dress, leh try sini.
5. BajuGraphy - Baju kat sini sangat lawa! And banyak dress labuh jg.
6. QeeraCollection - Baju kurung dia semua lawa-lawa. Boleh tgk :)
7. NurTasnimCollection - Another baju kurung collection :)
8. OldBlossomBox - Koleksi warna-warna pastel :DDD
9. Padieka - Dress labuh yg lawa.
10. ILovePastelina - Paling feveret punya pastel website :D
11. MissLilyShop - Ada custom-made utk Peplum Dress!
12. GetGorgeous - Colourful aparels! Love it :D
13. AshanimDressLab - Cardigan labuh? HERE! *Owner ni taja banyak artis :)
14. Deenify - Muslimah Shirt. MY FAV AMONG THE REST, SERIOUSLY :)
15. TudungNur - Tudung labuh. Upon request. Custom-made. FAV <3

===================================================================

Setteled. So tu lah antara seller yang aku kerap visit lah. Ada lagi ni haa, tapi yang lain-lain tu semua yang aku tak berapa nak kerap sebab bukan taste aku. Ada seller jual shawl/tudung tapi jenis singkat and bidang kecil. Sorry, tak dapat nak listkan sbb aku listkan yang better kita pakai sbg muslimah. And maybe dalam list aku bagi tu ada jgk yang pakaian nya yang tak mengikut syara' saangat but yet, you guys dah besar and dah boleh menilai :). Sweet kan bila kita pakai something yang menutup aurat. Percayalah sayangku :')

Hihihi and yesss, esok aku dah berangkat ke Johor. Mula hari aku yang busy. Tiga minggu cuti raya memang tak cukup. Haritu sempat lah menelaah kat Sunway Pyramid beli apa yang patot. So I bought these thingssss :D


Four Square Bag, Board, Cat Shampoo (All from Daiso Japan). Anna Sui Mirror. Shirt Princess on Board. Orange Flat from Brand Outlet. Cleanser and toner both from Yves Rocher. Still guys, I didn't buy any dresses or aparels okayyyyy. Semua biasa. Tak ada yang unik. So i jst grab these. Flower bag tu untuk letak stationery aku bila naik semester baru nanti and barang-barang lain. Board tu untuk notes-notes aku utk ditampal. Shampoo untuk my catssss. Cermin utk peribadi iiiiiii. Huhuhu. Kasut untuk jalan since kasut flat aku tak banyak. 

Oh bytheway, nak introduce kite punye kegemaran cleanser :D


it
is
from
YVES ROCHER !!

Agak over kan. Sorryyyy. Lupa nak caerita pasal kasut and bags. Usually bags aku tak kesah sangat. Asalkan ada yang aku suka, aku beli. Murah mahal, asalkan lawa. Tapi bab dresess semua tu , part tu demand sikit. Part bags ni langsung tak amik port! Tapi aku sangat amik port bab kasut. OK. Sekarang ni aku banyak kasut heels, wedges and mcm2 lagi. Flats sangat lah tak dak. So, aku dah tak berapa nak pakai tinggi-tinggi tu since aku pun memang dah tinggi kan. Ehe.. Actually sebab tak manis kan pakai kasut yang bunyi-bunyi yang boleh tarik perhatian orang. Bukan nak berlagak baik, cuma nak jad baik :'). So kasut memang aku TAK PERNAH beli online. EHH? Ade kot sekali dulu. Tapi nasib baik muat! Well, kaki aku sangat besar and lebar. Sangat susah nak cari kasut.




Gambar pertama from Carlorino and yang kedua from Brand Outlets. To be honest, aku sangat suka Brand Outlets. You know, kasut dia semua FLATSSSSS. And paling best, saiz dia semua till 10 ! OK, memang heaven. Haritu aku kat dalam Brand Outlets nak kat sejam lebih cari kast. Banyak sangat wehhhh, taktahu nak pilih mana. Tapi kasut, aku jenis tak kisah. Ada saiz, aku rembat. Dude, Bata pun aku pakai tauuu :DD

And ada juga tanya what type of tudung actually yang aku pakai. Awak. Ye, kita dulu pakai bawal bidang 45" tapi kite buat labuh since bawal tu sangat jarang. And now, dah berjinak-jinak ke shawl labuh. Tutup dada, tutup belakang. And mula berjinak ke tudung Akel Bidang 50"/60". Kadang-kadang pakai Akel juga :) Alhamdulillah, setelah lima bulan penghijrahan aku rasa tenang. Doakan sama-sama utk aku tau.

So guys. That's all for now. Rase macam kali ni banyak upload gambar. Hahaha. Mungkin nampak aku agak membazir but actually I am not :p Hahaha. Gurau je. Ok camni. Siapa kata Islam tak bagi kita bergaya semua. Boleh sayang. Tapi ikut syariat lah ye. Tutup yang wajib. Oh yaa, jangan terlalu tabbaruj (berhias berlebihan). Nak tahu something? Kalau keluar kan, I don't wear any make-up. Even a lip balm. Aku jst pakai pack powder. That's all.  Pakaian tu as long as tutup semua, LABUH and longgar.

Boleh bergaya, tapi ada caranya, Ikutlah formula ni sahabat :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + armsock + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan 

=

SOLEHAH !


Peringatan ni untuk diri sendiri dan semua yang berkenaan. Alright, any request boleh ajukan pada aku naa. In Shaa Allah. Moga entry kali ni bermanfaat. 

Uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan abada! 
Wasalam :)

Tulusly,


Sunday, 12 August 2012

Happy Tua Day!

Bismillahirrahmanirrahim!




Assalamualaikum. Jawab salam naa. Hihihi. OK entry kali ni menarik sikit. Menarik la sangat, rasanya biasa je kot. Ahoho, and and rasa macam lama gila tak update blog macam article kan. After naik cuti raya nanti aku buat satu okay! As we know, sekarang kita masih lagi dalam bulan Ramadhan Kareem. And tak lama lagi, Ramadhan akan tinggalkan kita. Rasa sat ja ramadhan kali ni. Awat tahun lepas aku rasa macam lama aa? Maybe penghayatan tu lebih terasa berbanding tahun lepas, alhamdulillah.

Sekarang aku tengah sibuk dengan Multimedia Short Film project aku. Esok hari pembentangannya. Sangat cuak okay. Tah pape, tu pun nak cuak kan. Tapi seriously mannn, sangat cuak. First, sebab aku berlakon. Ahohoho. Watak utama. Sangat tak boleh blaaa. Second, sebab aku takut nak tayangkan video yang kami dah buat tu. Ahahaha, gilaa la. Lantak pi la. Kami belasah ja buat. Masa yang diberi tak sempat weh. Orang lain semua 2minggu+. Kami diberi masa kurang dari 2minggu since final examination dah nak dekat so dia kene cepatkan due date. GRRRRRR.!

OK. Hold dulu pasal Multimedia tu. So baru baru ni aku dan beberapa bebudak rumah aku ada sambut BELATED birthday one of our housemates la kan, Kak Fiza :). Memandangkan birthday dia pada July yang lepas. Jadi kami tak dan nak sambut, so kami baru sambut beberapa hari yang lepas. And yaaa, plan tu semua dari aku . Peace :D




So. Pada mulanya aku cari jugak-jugak la idea. Then datanglah satu idea. Aku ingat nak iftar sama-sama ngan budak rumah semua. Dah lama tak gather sama kan, lagi-lagi kitorang mostly lain-lain kelas. Aku pun carilah kupon Dominos Pizza sebab Kak Fiza suka Dominos. And aku pulak memang banyakkk gila kot kupon. Then Rabu lepas pon kitorang gather sama-sama kat Dominos and aku pon dah agih-agih kan tugas. Kereta Kak Hanem guna untuk bawak Kak Fiza. Kerete aku guna untuk bawak tepung yang dah di campurkan dengan air. While kereta Zihah pulak bawak bebudak rumah. 

And aku sampai dulu kat Dominos and terus order untuk buka. Zihah and the geng pulak pi cari kek siap-siap untuk Kak Fiza. And lepas azan ja, kami semua pun terus berbuka sama-sama :)



Sangat sedap okay! Total harga semua adalah RM100.30. Total discount using semua kupon tuh, dalam RM40++. Jimat tak weh? Hahaha! So sorang bayar dalam around RM11+ :D

Dengan guna kupon tu, kitorang dapat 2 regular piza and 2 large piza. Tu pun terkial-kial depa nak habiskan. Aku? Comfirm aaa habis! Senyum :D. Around 7.45+, Zihah pun keluar dari Dominos and pi amik kek kat kereta. And bila dia masuk je dalam kedai bawak sama-sama kek, kitorang pun nyanyi sama-sama. Syioook weh!


Kak Fiza, Happy 23th! :D

Agak lama jugak di Dominos. Borak-borak, huha-huha and amcam-macam lagi. Oh ya, snapping-snapping gambar . Hahahaha, GILA. Semua gila. Hahahaa. Tak caya? Scroll down beb. See this crazy picture.


HAHAHAHA. Aku tak kesah orang nak cakap apa. I just being myself, seriously. Ok, back to story. Pengakhirannya bukan berhenti di situ okay. Next plan!

Kitorang pun balik laaaa. On our way back tu, aku pun buat-buat lah kereta rosak and aku park kat tepi. Aku park area-area dekat ngan taman rumah kitorang. Dekat sikit ngan rumah. Atleast nanti kalau semua kene baling tepung, dorang boleh jalan kaki balik uma. Habis la kereta akuuu kene tepungg weh!

Aku pun dok meroyan kat tepi. Pelakon-pelakon semua dah turun kereta . Berlakon kunun buat-buat tak tahu. Bajet macam tayar pancit ah. Thenaku suro Kak Fiza tolong tengok-tengok kan tayar aku. Aku pakse dia tgk gak. Dia pun macam merelakan ja. Hahahaha. Then after aku bagi signal kat Faiz, Faiz terus bawak baldi yang dah dipenuhi tepung + air and curah semua satu badan Kak Fiza! Hahahaha. OK FOINEEE. Kitorang terpakse lari dari Kak Fiza sebab dia nak peluk kitorang supaya kotor sekali. HAHAHAHA. And aku kene okay! Sebab aku tak lari masa mula tu. Cam ape tah :p Satu taman pusing. Atlas, semua orang kene jugak tepung :DD

Habis semua kene tepung!


 Sangat seronok. Sampai tayar aku kene dipancitkan sebentar. Hahahahaa. Mengamuk aku satu badan. Hihihi. And and, badan lenguh dalam dua hari. Wehhhh, lari pecut kot belakang rumah orang. Dah lama tak lari, tetiba lari. Memang culture shock la satu badan. Hahaha. Sangat seronok. Bayangkan, dalam satu rumah ada sembilan orang. Means, akan ada sembilan kali dalam setahun prank birthday! Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!



Ni lah Kak Fiza nye yang dah habis dengan badan satu tepung. Tahniah kak! Hahahahahaa :DD!

OK. Tu jelah kesudahannya. Akhir kata, semua kereta kene tepung and terpakse basuh malam tu jugak. Hahahaha. Kesian kereta aku. Paling terok kena! Takpelah, first time ye mandi tepung.

Tapi sebenarnya haritu patut sambut birthday Faiz sekali. Birthday Faiz pun lebih kurang nak dekat jugak tapi dah lepas. Kesian kat Faiz sebab tak sambut birthday dia. Takpela. Sebab aku pun dah buat prank belated birthday dia haritu and kali ni takdak la seteruk ni since aku sorang je yang plan nye. So agak sweet sikit :p

Satu hari tu kunun nye aku tergerak nak belanja dia iftar kat Secret Receipe sebab tetibe aku teringin makan sana. So dia macam tanak sebab aku belanja kan. Then aku paksa and yaa dia follow. At first, dia nak order kek tapi dia nak bayar sendiri tapi aku cakap kat dia, tak payah order! And aku kata kat dia, aku just belanja makan je, kek semua xdak! Hahaha. Dia nak nak kek tapi guna duit jugak, tapi aku paksa jgn beli. Sian dia..

So kitorang pun berbuka puasa kat situ. Aku dah bagitahu orang kedai tu supaya bawak kek with lilin kat meja aku around 7.40+ utk surprise kan Faiz. Thats why aku tak kasi dia order kek sebab aku nak bagi dia kek.! Hahaha. So, aku ordered kek yang dia suka. Kek Blueberry Cheese . :)



And dia agak terkejut sebab aku buat macam tu. And aku pun hulur satu beg berisikan hadiah. Khas untuk dia. Hahahaa. Sweet tak aku wehhh. Biaselah.. Diri ni takdak kekasih. Buat macam ni kat kawan-kawan ja laa :')

Simple things about Faiz.
  • Actually nama dia NorFaezah. Ejaan dia Faezah.. Tapi aku eja as Faiz. Motif? Taktahu :)
  • Dia ni sangat sabar ngan perangai aku okay. Sangat. Sebab aku ni baran sikit, dia macam air la. Kununnnn.
  • Dia ni macam adik-adik aku je. Hahahahaha. Puiiih, selalu pijak-pijak je :p. Die housemates aku and roommates aku :)
So simple kan. Hehehe. So, ni lah hadiah aku bagi dia. A diary. Dia ni suka conteng ayat-ayat jiwang kat merata tempat sampai kantoi ngan aku. Nah, amik ni aku bagi kat hang. Pi madah kat dalam ni noh!


Tadddaaaa. Takde lah hebat mana. Aku tak tahu nak bagi apa sebenarnya . Hahaha. Seriously, no idea. So bagi bende alah ni. Nak bagi perfume, takut dia tak suka sebab dia nye taste perfume lain dengan aku doh. Pfffttt.
So dalam buku tu aku ada tulis something utk dia. Kunun bajet sweet. Geli aku. Hahaha. Okay, Faizah. Aku harap kau suka!




" Faezah, I make mistakes. I know I am not perfect and that is why I am thankful for the true friends who stick with me by knowing who I am."




Tulusly,

Sunday, 29 July 2012

Full House

Bismillahirrahmirrahim.
Assalamualaikum wbt. 
Terasa lama sangat sangat tak update blog ni. Dah sebulan plus plus tak update blog. Agak busy nowadays. Sungguh. Sedangkan sekarang ni dah nak masuk minggu ke-lima short sem. Pelik kan, selalunya short sem lah macam releks-releks. Well, dua hari je kelas dalam seminggu. Tapi still takleh nak update blog. Tersangat busy dengan test + projek + presentation and rumah sewa since baru naik rumah sewa awal short sem haritu. A lot has been going on.


Alhamdulillah. Harini aku baru je balik dari kampungku di Benut, Johor. Sesaja balik jenguk atok nenek since sekarang tengah Ramadhan kan. Kebetulan my cousins were there too! Sempatlah jugak beborak ngan dorang. Haih, kali terakhir jumpa dorang last raya haritu. Lama kan tak jumpa? Hmmm. Dapat tidur semalam ja. Takleh nak stay lama sebab banyak lagi kerja tertangguh yang tak di-settlekan lagi. Khamis ni ada test. Ethics test. Preparation sangat sangat kurang. So esok insyaAllah baru nak start buat revision sikit lepas pick up Faiz balik from kampung jugak. 


Dan malam ni aku tidur sorang la gayanya since Faiz balik esok. OK. Aku sangat bosan dan tetibe tadi time berbuka puasa aku sempat lah jugak sembang-sembang dengan housemates-ku yang tak balik kampung. Before sampai rumah tadi , aku singgah BP Mall jap. Saje jenjalan. And I bought new shoe tau. Nak kata untuk raya, boleh jugak. Tapi tengoklah kalau tetibe pasni ada yang berkenan hahaha. Tetibe tadi ada promoter from TM promote kat aku tentang package Streamyx. Oh yeah, memang kami serumah tengah cari package ni and you knowww whatttt, today is the last day for the registration tau. You guys will get free line installation. Seriously mannn. Kalau tak, korang kene bayar around RM200+ untuk installation. And see, berapa banyak korang boleh jimat. OK then. Aku pun terus register. And yaaaa, within  this week dorang akan pasang Streamyx kat rumah sewa. Seronok la depa tu. Hahaha.


So tugas aku kat dalam rumah sewa tu adalah sebagai pengutip duit sewa. Aku akan kutip segala duit-duit sewaan rumah, utilities bills ( bil air + api + streamyx ) and others bills. Untuk bill dapur, itu tugas Tirax. Hehehe. Naaaaah. Setiap awal bulan aku kene la kutip duit kat depa ni untuk settlekan kat owner and pejabat-pejabat utilities. Apa yang aku telah fikirkan? Scroll down beb..


Jyeahahh, aku telah decide untuk buat notice kat luar bilik aku. Nak beli whiteboard macam takdak duit , hahaha. Jadi, aku telah tampal notis/pengumuman sume kat luar bilik aku untuk dorang tahu current bills untuk bulan-bulan tertentu. Ni lah kerja aku tadi. Tak sangka pulak aku ada sifat rajin yang sangat tinggi! :DD


Steps :


1. Aku perlu buat satu notis pemberitahuan pada sume TG'ies (gegurl dalam rumah tu) utk mereka tahu tentang PEMBAYARAN TETAP setiap bulan. So it will be the payment of sewa rumah dengan bil streamyx :)




2. Seterusnya adalah notis untuk bagitahu dorang tentang current utilities bills untuk particular bulan tu. Nak bagi depa nampak sikit, hat mana bil rumah and hat mana bil utiliti :)



3. Bila kite dah tahu fix bills and current bills (eceh, macam accounting la pulak), barulah kite boleh total up sume bills and announce kat dorang through this section. 


4. Sebelum aku buat satu section untuk dorang put their money, aku ada buat satu kata-kata perangsang sebelum dorang nak hulur duit tu. Eceh..


5. So, ni lah sarung dimana dorang akan bubuh duit-duit tu. Eh, ok. Memang sangat bahaya letak duit tu lama-lama kat lua TAPI xkan lah aku nak keep letak duit tu kat lua kan. Aku akan tengok la every time aku nak masuk bilik. Takut jadi pap, aku jugak yang kene bayar nye nanti. Allah is watching you, dude!


6. Tadaaaaa! Ni lah hasilnya setelah siap ditampal di luar bilik ku. Special tau, siap letak bawah lampu kuning lagi, betul-betul sebelah pintu bilik. Hahahaa. Oh yaaa, kebetulan bilik aku ni belakang, dekat ngan dapo. So alang-alang depa pi dapo, depa akan nampak bende alah ni. Haaa, selalu-selalulah jenguk ye!


7. Alright. Ni pulak close-up untuk payment section. Hehehe. Hope bende alah ni dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin. Bukan apa, buat ni untuk mendisiplinkan diri kita supaya lebih alert kannn. ;)



Alhamdulillah... Happy bila sesuatu kerja tu kita dapat siapkan dengan sempurna. Kadang-kadang kerja akan lebih berjalan dengan lancar kalau kita fokus tanpa ada sebarang gangguan. Memang fokus pn. Dah aku sorang dalam bilik. Hahaha. Tapi paling aku tak sangka yang aku mampu lukis-lukis bende alah ni. Grrr, aku bukan seorang yang reti lukis okayyyyy! Btw, thanks for the otak sebab berfungsi dengan baik pada malam hingga aku mampu menghasilkan sesuatu yang cantik bagi aku. Hahahaha.

OK lah. Tu je kodd entry kali ni. Ada masa lapang aku update lagi. Sangat busy alahai. Ape-ape pun, Salam Ramadhan! Semoga kita dapat meraih malam lailatul qadar dan mencapai barakah dariNya. InsyaAllah. 
Wasalam.

Truely,