Tuesday, 15 May 2012

Al-Quran Pelangi

Assalamualaikum semua!


Entry kali ni mungkin short ja, ta panjang. Sebab malam pon dah lewat. Ni pon aku curi-curi masa jugak nak update kejap. Sangat sibuk minggu ni sejak balik dari Camping. Fuh! Esok ada lagi discussion. Penat oh penat. Kesabaran yang tinggi tu sememangnya perlu!


Memang pendek la posting kali ni, tak panjang-panjang macam karangan tu. Hehe. Sebab aku nak korang tengok something yang sangat-sangat lawa bagi aku. Al-Quran Pelangi. Yes. Sangat lawa. MashaAllah! Setelah penat aku meng-google tadi siang, ada laaa ramai jugak orang jual. Rata-rata depa jual RM100+ tu pon untuk small size. Atlast, aku jumpe jugak orang jual student price around RM65+. Ya Allah, memang aku nak beli sangat sangat Al-Quran ni. Depa sume ni amik kat indon. Then aku try compare kan harga sana. Kat sana korang boleh dapat dalam RM20-RM30 je taw tak! Tapi masuk postage lagi kan, sebab tu mark-up tinggi tu. Al-Quran ni kene tunggu ikut batch since depa kena amik from Indonesia kan. Cantik and sweet sangat kalau dijadikan sebagai hantaran kan? :')



Untungnye aku kalau ada sapa-sapa boleh bagi aku ni. Alahai.. Hehehe. Oh ya, Al-Quran ni comes with variety of colours taw. Saiz dia pon ada tiga. Aku ingat nak amik yang Al-Quran. Sebab hat yang terjemahan tuh dalam saiz medium. Aku nak kecik-kecik comel je. Hehehe. Aku pon dengan batak jugak la tadi, pi heboh kat roommates aku. Zihah and Faiz pon nak beli jugak. If order banyak, mana la tahu kot-kot dapat kurang. Faiz nak hadiahkan untuk jantung hati dia yang bernama Faiz jugak. Sweettt. Hehehe. Zihah pulak nak beli untuk diri dia sendiri and maybe untuk mak dia satu and maybe untuk jantung hati dia jugak satu. Amboi.. Hehe. Aku pulak nak order dua. Aku nak order colour pink and satu lagi aku tatau nak order colour apa. Bukan tamak eeh nak beli dua. Satu lagi aku nak hadiahkan untuk sahabat aku :')

Walau pon sekarang ni kewangan aku memang tak stabil, aku tetap nak beli jugak walau ape jadi sekalipon. Aku da gian tengok bende ni. Cantik sangat <3 ! Oh ya, aku baru teringat sesuatu. Lately, hati aku terpanggil-panggil nak pi Mekah. Pelik kan? Aku pon tak tahu la. Aku terasa nak sangatttt pi sana. Tadi pagi masa aku kat library pon aku ada cakap kat Zihah.

"Zihah, mesti best kan kalau pergi sana. Aku teringin sangat. Aku nak doa banyak-banyak. Aku banyak dosa...".
 "Insya Allah, yad. Best tau pergi sana. Kau akan rasa tenang and akan rasa tak henti-henti nak beribadah and doa kat Dia.".
Aku memang dah kerap sangat cakap camni kat Zihah. Aku pon tatau lah. Tapi kadang-kadang takut jugak nak jejak kaki kat sana. Tapi tu lah, perbanyakkan solat-solat sunat, insya Allah semua akan dipermudahkan.
Then tadi petang aku contact mak aku. Agak terkejut bila mak bagitahu yang dia terpaksa tangguhkan nak pergi umrah bulan jun ni sebab gap nak pi buat haji ujung tahun ni macam dekat. So dorang decided nak tangguh dulu and habiskan buat haji dulu. Ape yang bermain dalam pikiran aku time tu adalah, adakah ada peluang untuk aku pi sana?


Aku pon terus tanya mak. Aku habaq kata, "Mak.. Boleh tak Ida nak follow mak abah pi buat umrah nanti? Ida teringin nak pi..". Aku dengan kuat dan tidak gentar terus cakap camtu. And you know what? Mak respond dengan hati terbuka. Oh Tuhan.. "Insya Allah, boleh. Tapi Ida kene la cari cuti panjang dua minggu ya.". Yes! Memang aku tak kisah kalau nak kene skip kelas sekalipon ahaha. Tapi aku tahu abah tak kan bagi. So aku rasa waktu paling sesuai adalah time bulan januari next year. Ta silap aku time tuh cuti panjang semester 4. Ya Allah! Aku harap sangat kali ni aku dapat piiii. Aku nak piii sangat. Bila lagi aku nak pi? :'(


Aku harap aku dapat berbual panjang lagi ngan Mak pasal hal ni. Aku sangat-sangat serious kali ni. Ya, aku nak pi. Aku perlu berebut-rebut nak pi sebab aku tahu ka dunia ni masih ada lagi insan yang berebut-rebut nak pi tapi tak kesampaian. Aku patut rasa syukur, atleast mak abah dah tawarkan aku untuk pergi sama-sama. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk aku!


Truly,

No comments:

Post a Comment