Thursday, 24 May 2012

Far East

Bismillahirrahmanirrahim.


Pernah dengar lagu dari kumpulan Far East - Cinta Pertama? Hayatilah lirik lagu ni. Alunan lagu dia pon tenang je dengar. Suka sangat. Oh ya, nama kumpulan Far East ni sebenarnya diambil dari perkataan arab tapi di unik-kan maka jadi lah Far East. Nama asal maksud ni adalah dari perkataan arab iaitu Fa'iz. Maksud Fa'iz ialah berjaya atau menang. Atau boleh diistilahkan sebagai, Yang Berjaya. Bertuah siapa yang nama Fa'iz ni. Semua orang ingin berjaya. Aku pon bertuah jugak sebab namaku, Hidayah. Petunjuk Allah :')


Haih.. Entry kali ni aku tanak share story yang sedih-sedih. Aku cuma nak cerita apa yang terjadi pada diri aku siang tadi. Hari ni hari Khamis. Seperti yang sedia maklum, kelas aku pada hari Khamis memanglah tak padat mana. Tutorial Maths pada pukul 10.00 pagi and Kuliah Maths pada pukul 2.00 petang. Pagi tadi hujan membasahi bumi. Sangat payah alahai nak bagunnnn since malam tadi aku tidur agak lambat siapkan report Multimedia aku. Dengan gagahnya, bangun lah jugak persiapkan diri. Tatkala nak tunggu bus untuk pi kelas pagi tu, ada la classmates kami ni heboh kata harini full kelas cancel. Oh really? Dalam otak dah pikir BALIK. And ye, terus balik bilik packing barang and aku dan Naddy berangkat ke Station Bus Batu Pahat untuk balik ke rumah masing-masing.


Macam biasa. Memang bus ni lah yang aku akan naik setiap kali balik Shah Alam sebab bus ni jelah yang pergi Shah Alam. So..


"Kak. Shah Alam, pukul 2.30 petang. Harini. Tiket sorang."
"Okay dik. Ni tiketnya ye. Bus dah sampai, boleh naik dah k."
Then aku teman Naddy beli tiket dia and sememangnya aku tak baca langsung tiket bus aku tu. Lepas salam and cium cium Naddy, kitorang terus naik bus masing-masing. Bus gerak dalam pukul 2.30 petang. So sepanjang perjalanan tu aku memang tak tidur dan yang pasti dalam bas tu hanya ada enam orang penumpang je. Bayangkan. Sikit ya amat. Nasib baik bas tu jalan jugak. Tatau napa tak leh tidur. Sepanjang dalam perjalanan tu, nampak lah Unikl Miat tercinta. Jatuhlah air mataku lagi.. Eh eh. Ape ni. Dah dah. Okay sambung. Lepas tu macam pelik semacam. Kenapaaaaaa driver ni terus masuk Klang? Haaa-aah? Aku macam blur tak blur jugak la sebab kot-kot lah dia nak hantar orang yang turun Klang dulu baru hantar aku. So aku cam cool jela. Then ssampai lah kami di Klang. Oh wow, semua turun sini. Then takkan aku sorang Shah Alam? Then aku duduk jela kat situ. Driver tu pon mulakan bicaranya..


"Eh, awak kenapa tak turun?"
"Saya berhenti Shah Alam. Napa? Tak pi Shah Alam ke?"
"Awak berhenti Shah Alam? Mana adaaa. Dalam tiket awak tunjuk Klang. Semua orang turun Klang maaa"
"Laa yeke. Then uncle tak leh hantar Shah Alam balik ke?"
"Tak boleh sebab saya dah masuk Kalng ni, takkan nak patah balik. Awak kene turun sini lah."
"Oh cam tu. Hmm takpela, saya turun sini. Apa nama tempat ni?"
"Klang Central." 
Aku pon dengan geram + stress + tak paham semua ada la dalam fikiran ni. Napa dia cakap tiket aku tulis Klang? Adoii. Dalam situasi ni aku tatau nak salahkan sapa. Pertama. Akak kaunter tu ke sebab silap tulis tempat. Aku bukan clear lagi cakap, tak kan dia tak dengar. Second. Patut ke salahkan driver tu? Adoiii. Aku pon tatau nak salahkan sapa. Akhirnya, aku mengaku ia datang dari kesilapan aku sendiri. Patotnya aku lebih berhati-hati , tak tergopoh-gapah dan patotnye aku baca dulu tiket tu. Kot-kot la tak betol ke. Jadi ianya berpunca dari kesilapan aku sendiri. Aku turun bas dengan hampa. Sumpah. Ini kali pertama aku jejakkan kaki kat situ. Tah celah mana laa aku time tu. Aku tak pernah tahu pon Klang Central ni. Aku ingatkan kalau Klang, dia turun kat bandar Klang. Ni tak pon.. Aku bingung tatau nak buat apa.


Untuk settlekan masalah ni, aku pi solat dulu. After solat, baru call mak and abah. Ape lagi. Mak la orang pertama risau. Abah maintain cool. Abah pula ada majlis kat Putrajaya. Dia suruh aku naik bus pi Shah Alam. Katanya, mesti ada punya bas ke Shah Alam. Aku agak sedih.. Ingatkan abah nak amik. Aku pon keluar kehulur kehilir tanya orang. Dengan beg berat ya amat. Beg belakang satu and beg tepi satu. Orang situ kata situ semua bus ekspress. Bas dekat-dekat memang tak da. So choice hanya tinggal taxi jela. Ada dua syarikat taxi situ. Then aku gi yang pertama.


"Ya dik. Mahu pergi mana?"
"Hmm.. PKNS Shah Alam. Berapa eh?" 
"Oh.. RM30 dik."
"Oh okay. Tak pela ye"
Ya Allah. Mahalnyeeee. Nampak sangat ni memang dah kat hujung Klang dah ni. Sesungguhnya dalam dompet aku tinggal RM21 je. Aku dah tak tahu nak buat apa. Mesin ATM pulak tak da kat situ. Mana la nak lepas RM30 ni. Aku berjalan sambil pusing-pusing kat situ dengan beg beratnya. Aku rasa macam nak nangis. Ya, aku nak nangis. Aku sorang-sorang kat situ. Aku takut orang kacau-kacau aku. Yela.. Klang kan. Rupanya tanpa aku sedar, aku macam nak menitis air mata sehinggalah aku pergi kat lagi satu syarikah taxi ni.


"Nak taxi ke? Nak gi mana ye?"
"Kalau nak pergi Shah Alam berapa ye?"
"Oh Shah Alam standard RM30 dik. Nak tak?"
Aku hanya senyum and tak kata apa-apa. Dalam fikiran dah buntu. Dah remuk semua ada. Tetibe datang seorang makcik yang 'slang' nye ke-utara-an sikit.


"Hello tokey, saya mahu pi Bus Stand Klang. Berapa? RM10 dapat?"
"Aiyoo, mana boleh maaa. RM15 maaa, satandard itu punya harga."
"Awat mahai sangat hang ni tokey? Haritu saya naik sini la depa angkat RM10 ja"
"Mana ada la.. RM15 laaa"
Aku hanya mampu tergamam di situ. Tetibe makcik tu menyapa aku.


"Adik ni nak pi mana?"
"Saya nak pi Shah Alam cik.."
"Oh.. Ingatkan nak pi Bus Stand Klang. Kalau tahu tadi boleh naik sekali. Jimat sikitt.."
"Kat sana ada bus ke Shah Alam kan cik?"
"A'aa selalunya ada la. Depa sana suma bas hat yang nak pi area-area situ. Makcik nak pi Banting."
"Oh! Bagus lah macam tu. Saya nak pi Jalan Kebun. Kalau adam boleh pi sekali."
"Haa, baguih la lagu tu. Adik tunggu sat naa. Makcik amik beg sat. Tunggu naaa"
Ya Allah. Aku time tu bersyukur sangattttt. Tuhan datangkan aku seseorang yang membantu aku. Aku bersyukur sangat, Ya Allah. Dan lepas tu kami pon bertolak ke Bus Stand Klang. Makcik tu rupanya dengan seorang lagi anak lelaki dia. Semasa dalam perjalanan tu aku rancak borak ngan makcik tu.


"Adik ni dari  mana ?"
"Saya dari Batu Pahat cik.. Makcik ni dari mana?"
"Oh makcik dari Kedah.. Nak pi Banting ni haa.. Nak pi rumah anak ompuan makcik."
"Kedah kat mana cik?" Tetibe aku teringat F___
"Kat Sungai Petani jaa."
"Laa. Yaka. Dulu saya ngaji kat sana. Makcik dok taman pa?" Tetibe keluaq bahasa utaqa aku
"Makcik dok taman ____ (aku lupa, hahaha). Dulu dok ngaji kat mana?" Ingatkan dok kat Langkawi :')
"Ngaji kat Teknik SP2. Makcik taw kan?"
"Laaa, tahu la. Oh dok ngaji sana la ni. Boleh lah cakap utaqa nooh"
"Hehe. Boleh la taqaa tu. Hahaha. Makcik nak pi uma anak makcik kat Banting ?"
"A'aa. Anak ompuan makcik ni cikgu. Esok dia nak balik SP sana la. Makcik tak kasik dia bawak keta dia pi sana. Tu lah makcik bawak abang dia ni ha. Satgi boleh tolong abang dia ni bawak bali keta. Bukan pa.. Dok qisau anak dara dok bawak keta sorang-sorang."
"Oh yaka.. Baguih la lagu tu. Anak makcik berapa oqang?"
"Anak makcik dua oqang ja.. Hat abang dia ni sulong. Adik dia yang cikgu ni la bongsu. Anak makcik sikit ja.. Adik berapa oqang adik beradik? Anak ke berapa ni?". Sat. Dua orang anak ja? Adoii adoii teringat lagi kat F___ ! Dia pon dua beradik ja. Awat la pi mana-mana mesti ada related ngan dia ni . Awatttt :'(
"Saya lima beradik cik. Anak ke-4. :)"
"Oh ya ka.. La ni dok buat pa? Keja dah nooh?" Ramah betoi makcik ni. :')
"Dak aiih. Ngaji lagi ni cik kat Batu Pahat"
"Baguih la. Amik course pa? Da nak habis ka dik?"
"Hehe. Amik IT cik. Dak aiih, lama lagi nak habis. Baru nak masuk tahun dua." :)
"Amik IT , baguih laaa. Mak ayah orang sini ka? Ayah keja pa?"
"Mak oqang johor, Ayah oqang Pahang. Ayah keja hat IT ni jugak cik"
"Amboi.. Ikot jejak abah noh. Baguih la lagu tu. Ada waris. Awat ngaji jauh sangat ni. Dulu dok meqantau utaqa sana. Hat orang sana pi belajaq kat sini, oqang sini pi belajaq kat sana. Terbalik daaa."
"Nak buat cmna cik.. Tak lepaih nak dapat kat sini. Rezeki kat sana.. Pi jela.. Hehe"
Fuhh. Seriously. Macam-macam kitorang borak. Terasa rindu pula ngan orang-orang utaqa sana. Dulu dok belajaq kat sana sampai la aku fasih cakap bahasa depa. Bila jumpa orang depa ni, apa lagi cheq pon tak lepaih la nak cakap jugakkk.
" Eh makcik. Bus stand kat SP yang renovate dulu tu dah siap ka?"
"Dak lagi pon. Tah bila nak siap pon tak tau. Kami semua ni dok pakat tunggu laaa bila depa nak bukak. Nampak kecik ja pon. Tang mana pulak depa nak bubuh bas-bas ekspress yang nak masuk satgi. Laa ni SP banyak dah berubah. Hat train tu pon depa renovate, atas tu depa nak buat fly-over. Haa, hat kat Teknik SP2 hat depan tu pon depa tengah dok buat LOT19 apa dia taktaw. Hat kat tepi highway tu pulak depa nak buat Tesco. Maju dah SP la ni.."
"Betoi ka? Lama dah saya tak pi sana. Mesti macam-macam dah berubah kan cik." 
Sesudah tu. Sampai lah kami ke destinase. Aku just bayar RM5, manakala makcik tu bayar RM10 sebab dua orang sekali ngan anak lelaki dia. Aku pon minta diri. Makcik tu ada tanya jugak aku naik bus apa. Aku pon habaq la kata nak pi tengok bas apa yang ada dulu. Terpisah la kami di situ..


Aku kembali risau. Aku tak dapat jumpa bas ke Shah Alam. Aku makin sedih. Yang hanya aku nampak bas ke Banting, KL and yaa ada satu bas ke Bukit Tinggi. Rasa-rasa bas ke Bukit Tinggi ni akan pergi ke Jusco Bukit Tinggi. Tempat yang aku dok shopping tu. Haa boleh la ni. Senang abah nak amik aku nanti. Dekat ngan umah jugak. Aku pon naik la.. Dengan bayara RM1. Bingung juga dalam bas tu. Takut-takut aku salah bas. Tapi akhirnya, sampai jugak aku kat Jusco. Aku pon turun. Baru ja aku turun, aku terus nak capai handphone aku tapi dalam beg belakang aku. Tah mana aku campak pon aku tak tahu. Jenuh aku cari. Rupanya dah jatuh sampai dalam-dalam. Aku pon capai la nak sms abah kata aku dah sampai.


Sesudah aku capai handphone aku and dalam tak keruan tu aku pon nak melintas jalan. Dan malangnya.. Aku terjatuh tersungkur dan terduduk. Terheret sikit kaki aku. Ya Allah. Aku terduduk dan aku terasa nak menitis air mata aku. Bag aku sangat berat. Tah apa aku bawak pon tak tahu. Dengan beg tepi aku lagi. Kasut aku pula dah sipi-sipi nyawa ikan. Aku dapat rasakan kaki aku sakit sangat. Tapi dalam fikiran aku time tu , aku harap tak da mana-mana kereta yang melintas. Syukur. Takda kereta. Tuhan masih denganku. Aku bangkit. Takdak sapa tolong aku. Depa tengok ja. Aku pon jalan nak masuk Jusco. Sebelum nak masuk Jusco, aku pi kat satu sudut gelap. Aku selak kain aku. Kebetulan aku pakai baju kurung. Ya.. Lutut aku berdarah. Aku memang dah tak larat nak jalan dah. Dan yang pasti, aku bukanlah seorang yang dah biasa dengan luka. Aku sangat takut pada luka. Boleh dikira dengan jari, berapa kerap ja penah aku kena. Dah bertahun-tahun jugak aku tak rasa luka macam ni. Kaki aku sangat sangat pedih. Aku masuk Jusco dan cari surau.


Masuk ja surau, aku terus tengok lutut aku. Darah keluar dah. Aku memang tak da tisu. Aku taktahu nak buat apa. Oh ya, aku memang tak akan tak akannnnnn basuh luka aku. Lantak la orang kata aku pengotor ke apa ke, kuman ke tapi aku sangat takot nak basuh. Aku rela macam tu. Aku tawakal dengan solat maghrib aku sebab aku tak basuh luka aku. Sesudah tu. Aku pi Hot & Roll jap. Feveret stall aku. Aku beli Pizza Beef Paratha. Sedap weiiiiii.


"Hmm, nak mana ye. Sedap ni. Tapi duit tinggal berapa je dah."

Aku pon beli and terus ke bus stop depan Jusco untuk tunggu abah aku datang amik aku. Nikmatnyee dapat makan paratha my feveret ni hehehe. Dalam 8.15 malam, abah akhirnya sampai juga dan aku pulang dengan happynya.

Hmm apa yang aku cuba nak kongsi sini ialah kesedihan aku nak sampai rumah tadi petang. Sampai berdarah kaki aku and tersalah turun bas pulak tu. Nasib baik dipertemukan dengan makcik sorang ni. Baik sangat. Oh ya, kalau korang nak tahu orang-orang utara tersangatlah terkenal dengan peramah-nya. Depa memang peramah. Sumpah tak tipu. Aku duduk Sungai Petani dah dua tahun. Perlis dah satu tahun ++. Boleh kata empat tahun duduk utara. SLIGHTLY. Majoriti depa memang peramah. Sampai satu saat dahulu ada orang pernah cakap ..

"Hai.. Awat asik sambung ngaji kat utaqa ni? Tah tah dapat jodoh utaqa paaaa"
A M I N ! ! ! ! ! 

Jodoh semua di tangan tuhan. Tapi jauh sudut hati, nak sangat dapat orang utaqa. Lagi-lagi langkawi. Cokelat banyak. Tempat honeymoon pon banyak. :') How I wish..

Truely, 

No comments:

Post a Comment