Thursday, 10 May 2012

Forget. Yes, do forget.

Assalamualaikum, salam ukhwah semua!


Terasa bahang nak ke final exam semakin dekat, and dah terasa-rasa ke-tension-nannye niii. Bila lah nak start fokus or what I mean is, full focus taw. Esok in sya Allah, aku akan berangkat ke Bukit Cerakah, Shah Alam untuk aktiviti trekking club aku sem ni. Fuh, berkobar-kobar kodd. Ta pernah ada rasa macam ni. Mungkin sebab dorang buat kat Shah Alam kodd. Haa? Hahahahahha. Lepas habis suma ni, boleh lah aku fokus study.


Hari ni aku nak share something yang sememangnya bende ni aku pratikkan sampai saat ni. Okay. Pernah tak hati korang diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga korang rasa macam tak mahu mencintai lelaki lagi? Perpisahan sebenarnya adalah suatu moment yang sangat miserable sangat sangat sebab percayalah insan ini jugak pernah diremukkan juga satu tika dulu. Ehem ehem. Persoalannya, sampai bila kita nak terus bermain perasaan kita 24jam ja kan? Layan perasaan dengan pasang lagu-lagu sedih semua, trust me yang tu suma akan menambahkan lagi kepayahan korang untuk melukan si dia. Yes, it is! Di sini aku nak kongsi tips-tips untuk korang lupakan si dia. Tips-tips ni lah sebenarnye yang aku buat setelah perpisahan itu terjadi. Moga menjadi manfaat untuk semua!


=======================================================================


1. Kawan-kawan


Bagi aku, ni antara teknik yang aku rasa agak berkesan and bagus jugak and yeaaaah memang sangat berkesan. I am too sure yang rata-rata kita mesti ada kawan-kawan kan. Tipu lah kalau takda kawan. Atleast, kawan. Kawan baik suma tu lain cerita sebab untuk pengetahuan korang semua, aku sememangnya tak pernah ada kawan karib. Okay, ulang. Kawan karib. Tiada. Why? Sebab aku lebih senang untuk jadikan semua-semua mereka tu kawan karib aku. Jadi, ape guna kawan-kawan kita ni? Luangkanlah SEPENUH masa dengan depa. SEPENUHNYA. Dalam saat-saat korang baru berpisah ni, exactly korang memang takleh nak main sangat ngan perasaan korang or dudok sorang-sorang termenung semua tu. Forget it jela. Korang jangan bagi sedikit ruang langsung untuk korang dudok sorang-sorang. Bukan pa, satgi dok pikiaq tang lain pula. Dok pikiaq kat si dia tuh la ini lah. Nanti cmna nak lupakan dia, ye dak? 


Sebab tu lah korang kene jumpa kawan-kawan korang sekerap yang mungkin. Buat lah apa-apa aktiviti sesama jantina korang. Aktiviti yang sehat semestinya. Macam aku, aktiviti yang aku selalu habiskan masa dengan kawan-kawan aku macam kitorang pergi makan sampai gila-gila punya. Seriousslyyyy I told you, memang heaven gila. Hahaha. Sebab aku memang suka makan. And maybe korang boleh pi jenjalan negeri orang. Jalan-jalan kenal tempat. Eceh.. Hahaha. Oh ya, korang boleh habiskan masa korang untuk shopping okayyyyy. Yang ni memang paling best. Rata-rata duit aku banyak habis sebab habiskan hari-hari aku dengan kawan-kawan aku. Walaupon depa suma tuh dah berjuta kali dengar cerita atau luahan hati aku ni tapi depa tetap ta kesah and selalu ada untuk aku. Itulah namanya kawan kan? :)


2. Jauhi memori berrsama


Okay. Untuk memudahkan proses melupakan si dia, korang kene sacrifice sikit. Korang kene lah elakkan diri dari pergi or ingat apa-apa yang boleh mengingatkan korang berdua. Contohnya macam, janganlah pi restorang yang korang dulu selalu dok main suap-suap semua kan. Or maybe kedai-kedai yang mengingatkan korang pada barang-barang or gift yang pernah korang bagi or si dia bagi. Ta payahlah nak merayau-merayau sangat kat tempat korang selalu jumpa dulu sebab bende-bende ni hanya akan mengingatkan korang pada bayang-bayang dia ja taw tak. Sebab aku suatu ketika dulu, ya memang aku suka unruk menerima semua ni. Sampai aku sanggup pi kolej dia taw dak. Sampai parking depan kolej dia, ya betol-betol depan kolej dia. Sebab kita tak berdaya nak buat apa-apa, jenguk macam tuh pun jadilah. Tapi hakikatnya, hati yang sedih. Drive balik pon nangis-nangis. Korang nak ke macam tu? Mesti tanak kan. So believe me.


Oh ya. Satu lagi. Korang tersangat perlu untuk menjauhkan diri korang dari kehidupan dia. Stop-stoplah ganggu kawan-kawan dia. Sebab most probably dorang mensti dah dengar cerita perpisahan korang versi ex korang okay.  And yaa, jauhkan dari pergi tempat-tempat yang si dia and kawan-kawan dia selalu pi dulu. Kalau kawan-kawan dia suka lepak kat Alamanda, so apakata korang ta payah nak gatal-gatal lepak kat sana. Tak delah sampai ta boleh langsung tapi kalau dalam proses nak melupakan ni maybe yang ni perlu. Sabar ye?


3. Deactivate Facebook korang


Hahaha. Ni lah perkara pertama yang aku buat setelah officiallynye aku dah tada papa ngan dia. Tapi tak lama pon, sat ja . Hehehe. Sebab pikir-pikir balik, banyak cara lagi kodd. Tapi depends la ngan korang. Mungkin korang boleh deactivate untuk seketika waktu. Bila dah pulih nanti, back to normal lah balik.  Tapi for sure, si dia pun pasti adan Facebook jugak kan. Who does not? :) Kalau dulu masa tengah hangat bercinta setiap saat nak bermadah, and semua status akan di-like-nya and dalam setiap album ada gambar-gambar ghairah berdua. Tapi bila korang dah tak da papa, status hubungan dia mesti akan tukar jadi single kan. Then macam mana nak jawab hati korang yang pilu tu?


Kalau-kalau korang rasa macam ta sanggup nak deactivate, korang buat la macam aku buat. Aku unfriend terus kodd. Ni semua nak elakkan korang dari terus patah hati bila tetibe tengok si dia ngan gadis misteri tibe-tibe muncul dalam album gambar dorang. Eh, tak sampai tiga minggu berpisah, sudah ada teman baru? Takkan cepat sangat dorang move on? Even if korang unfriend and tak dapat stalk page si dia, korang still tengok mutual friends kan utk tengok perkembangan si dia and paling best sekali korang siap buat satu akaun palsu sebab nak stalk si dia. Actually bukan korang saja okay, ni semua pengalaman aku. Aku pon buat kerja camni jugak sampai satu saat tu aku sedar. Budaya ni tak sihat untuk emosi korang sebenarnya. So sebaiknya lenyapkan diri korang buat sementara waktu sehingga pulih luka di hati taw?


4. Buat sebuah "Ex-Box"


Ex-Box ni lebih kurang macam tempat kita simpan barang-barang yang boleh mengingatkan kita tentang si dia. Macam surat cinta ke, kad harijadi, gambar kat dompet, gambar kat bingkai atas meja study semua korang campakkan je kat dalam kotak ni. Sama jugaklah dengan barang-barang yang si dia penah bagi kat korang. Aku siap campak ja handphone Sony aku yang aku pakai masa kat Matrikulasi dulu. Sebab handphone tu banyak kenangan sangat bagi aku. Message suma aku tak padam. Ta rela aku nak padam. Gambar-gambar semua. Semua aku biarkan kat dalam tu senyap-senyap. Hehehe. 


Setelah semua barang-barang ni aku dah satukan dulu, aku pi post barang ni kat kawan dia and mohon kawan dia bagi kat dia. Ya, berjaya. Tapi sebenarnya barang-barang ni tak perlu susah-susah kodd nak jumpa untuk pulangkan barang tu. Sebab aku rasa macam tu just alasan untuk jumpa dengan si dia dengan harapan dapat kembali menyemarakkan bibit-bibit cinta. And salah satuh faktor yang kuat hati aku kata sampai sekarang kenapa dia elak untuk berjumpa dengan aku, sebab dia begitu lemah bila berhadapan dengan aku. Akan terasa jugak di hati dia nanti. Walapon dia tak pernah bagitahu suma ni tapi aku tersangat kenal dia :')


Terlari topik pulak. Adoii. Hahaha. Hmm.. Couple Tshirt? Campak je kod. Heh. Aku tak campak la. Aku cuma simpan, tak pakai pon. Kalau macam aku sebab dah bagi barang-barang ni kat dia. Tapi untuk korang, bila suma benda ni dimasukkan dalam kotak, letak la kotak tu kat sudut-sudut yang susah untuk korang nampak or bukak bila tetibe korang takde bende or tatau nak buat apa. Err, tapi bila dah nak dekat kahwin tu, elok bakar je kodd. Kuikuikui.


5. Istilah berkawan selepas berpisah, tidak wujud!


Seriously. Kali ni memang serious. Better jangan. Ouuhh. Sakit sebenarnya tapi kena lah sabar. Kesabaran tu sebenarnya menguji kita tau. Korang mungkin sangka boleh kawan dengan si dia tapi sebenarnya tu suma sinar harapan yang korang cipta sendiri mengharapkan and dengan si dia akan kembali bersama. Konon-konon macam nak take it slow kann. Bila dah berpisah tu, delete terus nombor dia dalam telefon. Buang semua lah emel dia. Even lah kalau korang contact jugak sekalipon berborak macam kawan-kawan biasa tapi last-last mesti end up dengan perbinacangan kenapa korang berpisah dan ada la adegan rayu-merayu diterima kembali. Guys. Dorang pon takkan contact korang, korang tak payah susah-susah contact ye?


Aku dulu siap tukar nombor okay. From maxis to celcome. Korang ingat senang nak tukar nombor? Nak bagitahu semua orang susah kot. Dah la mostly depa pakai maxis, aiseymannn. Tak pela, senang takda orang nak contact aku. See. Jimat wehhh. Banyak benefit taw. Handphone pon cikai-cikai nya. Paling kuno nye lah. Huhuhu.


6. Dekatkan diri dengan Allah


Ingatlah bahawa kat dunia ni kita tak keseorangan. Kita ada Yang Maha Esa. Sejauh mana korang lari, korang akan berpatah balik meminta pertolongan dari Dia. Bersangka baiklah pada Dia. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tau. Mungkin kita tak nampak sekarang, mungkin satu hari nanti Dia akan tunjuk kat kita. Ingat, jika benar dia jodoh kita pasti sejauh mana dia berada , pasti dia juga milik kita. Kita perlu usaha. Sesudah usaha, kita perlu berdoa. Selepas itu? Mesti lah tawakal kepada-Nya :)


Macam mana kalau korang masih menunggu dia? Hee. Apa kata korang cerita dengan Dia. Luahkan segalanya pada Dia. Allah Maha Mendegar setiap rintihan hamba-hambanya. Perbanyakkanlah solat Tahajjud di sepertiga malam, solat sunat hajar serta solat suna taubat. In sya Allah. 




=======================================================================


Sesungguhnya perpisahan itu memang perit. Untuk mencari orang yang sempurna memang sukar. Cukuplah seseorang itu cukup agamanya, maka cukuplah segalanya. Bagi aku, akan aku pertahankan perasaan ni sehingga aku dinikahkan, khas buat yang halal untuk ku.


Kalau sekarang kamu sedang memperbaiki diri, In sya Allah, jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, dia juga sedang menjaga hati. Wallahua'lam..




Sincerely,

No comments:

Post a Comment