Tuesday, 1 May 2012

Jangan hina permulaan seseorang.

Assalamualaikum dan hai!


Sebagai muqadimah, sememangnya ni adalah posting aku yang pertama. Hehehe. Terasa sangat awkward semacam sebab dah lama gila tak menaip kat blogger ni. Teringat dulu masa selalu update blog tapi asek gagal je nak istiqamah buat blog ni. In sya Allah, kali ni dengan izin Allah aku akan cuba lah istiqamah. :')


Kali ni aku ada beberape nak share untuk sume readers. Malam ni aku tetibe rase macam tatau nak buat apa. Asek menghadap Facebook ja, naik bosan aku. Sampai aku lupa yang aku ada banyak group kat Facebook ni sampai aku lambat nak update ape story-story depa ni. Then aku view lah salah satu group yang agak berkepentingan jugak pada aku. Group "Mahasiswa/i Degree UTHM Batch 2011/2012". Serious lama gila kodd aku tak view langsung group ni. Bukan apa.. Malas lah. Depa asek tanya tu, tanya ni. Gadoh sana, gadoh sini. Tapi ta pela, kali ni aku view la. Kot-kot ada pape story baru. Tapi selalunya story yang paling best kat group ni, pasal bus je.


Scroll punya scroll, aku tersentak baca satu posting sorang budak laki ni. Amat-amat menyentuh jiwa aku. Dengan pantasnya aku beriye LIKE posting dia. Ya, aku sangat sangat setuju setiap patah-patah ayat dalam ayat dia tuh.



Pertama sekali nak mintak maaf kat si penulis, sebab aku print screen posting die ni. Maaf banyakbanyak sebab tak mintak izin. Ni pon kalau-kalau dia baca. Bukan apa, aku tak friend pon ngan budak ni. Okay lah nak sambung balik. Aku sangat-sangat suka ayat dia. Aku antara orang yang 'terasa' jugak sebenarnye. Aku teringat zaman-zaman aku dulu. Ya Allah.. Aku pon tak tahu lah. Kalau aku ingat, mesti aku sedih. Aku nangis. Aku tak kuat. Tapi kali ni aku cuba jadi kuat sebab aku tahu aku ada Allah di sisi aku. 

Mungkin satu ketika dulu, aku seumpama itu. Tapi esok lusa mungkin aku seorang yang dilindungi oleh Allah, in sya Allah dengan izin-Nya. Aku perlu kuat, tabah dalam menempuhi segala dugaan-Nya. Sesungguhnya kehilangan orang-orang yang aku sayang adalah dugaan terbesar yang aku pernah hadapi. Kadang-kadang kesian kat mak abah. Aku tahu mak sentiasa mendoakan kebahagiaan aku. Sentiasa doa agar aku berubah ke arah yang lebih baik, agar aku diberi petunjuk Hidayah seiring dengan namaku. Aku tahu mak tak kan pernah lekang dan sentiasa istiqamah dalam mendoakan aku. Bayangkan, bertahun lamanya mak mendoakan agar aku berubah tapi pada saat ni aku terbuka hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bertahun lamanya dia mendoakan aku. Percayalah.. Sesungguhnya jangan pernah bosan untuk sentiasa berdoa pada Allah. Mintalah apa saja dari Dia. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala rencana kehidupan kita. Jangan pernah berhenti berdoa dan jangan sesekali menyatakan bahawa Dia tidak mendengar rintihan kita. Adakalanya doa-doa kita masih tidak makbul adalah kerana Dia hendak menguji hamba-Nya , sejauh mana hamba-Nya sabar dan istiqamah dalam berdoa. Mungkin dalam masa terdekat, mungkin satu hari nanti insyaAllah segala doa kita akan Dia makbulkan.



Sesungguhnya, YA aku sangat takut untuk berubah. SUNGGUH. Aku takut orang gelakkan aku. Aku takut dorang pandang rendah kat aku. Aku takut tak ada sapa nak kawan ngan aku. Tapi aku yakin, tuhan sentiasa melindungi hamba-Nya yang ingin memulakan satu penghijrahan yang baru. Aku bersyukur sangat-sangat sebab semester dua kali ni aku sebilik dengan kawan-kawan aku yang banyak beri tunjuk ajar kat aku. Pengaruh rakan sebenarnya sangat kuat sebenarnye. Dorang sangat baik. Terima kasih Ya Allah. A gift from You. Aku berubah slow-slow, tak terus mendadak. Mula-mula aku cuba perbaiki pemakaian aku. Aku tetibe dah tak suka baju-baju yang fesyen even dia lengan panjang or else. Aku tak tahu cmna perasaan tu tetibe boleh hilang. Jika dulu aku terkenal ngan student yang selalu pakai shawl belit-belit sampai nampak leher, tah macam mana aku boleh xda perasaan langsung nak pakai shawl dah. Koleksi-koleksi shawl aku ni tah apa aku nak buat. Then aku tukar cara pemakaian tudung aku. Alhamdulillah, u know what guys? Korang akan rasa sentiasa dihormati and dilindungi oleh orang-orang sekeliling kalau korang pakai pakaian yang tutup aurat, cukup dengan kesempurnaan. Memang terasa sangat beza dia. Aku sangat-sangat suka dengan perubahan ni. Kawan-kawan aku juga ada yang terkejut tapi dorang tak pernah kata tanak kawan ngan aku. Whether you're wearing that tudung labuh or baju labuh or else, it does'nt matter. Yes, exactly. Trust me.

So guys, apa lagi. Hijrah la kamu! Sesungguhnya penghijrahan itu akan memberikan impak yang sangat positif dalam diri kita. YA, SANGAT. Aku bahagia sangat. Aku terasa aku rapat sangat dengan tuhan. Aku tak perlu pikir apa-apa. Hanya Allah, keluarga serta komitmenku sebagai seorang pelajar. Moga Allah sentiasa ada di sisi aku. Sentiasalah mendoakan aku jugak tau? In sya Allah :')


Sincerely,




No comments:

Post a Comment