Friday, 4 May 2012

Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku.

Assalamualaikum readers!


Rasa macam dah lama ta update blog. Hahahaha. Tapi bukan lah lama mana pon, setakat 4 hari ta update kan. Actually within 4 hari ni banyak gilaaaa cerita aku nak share. Sangat okay. Tapi aku tatau nak mula yang mana dulu. Macam-macam laah terjadi sepanjang 4 hari ni. Hahahaha. Lawak pon ada. Okaylah, kali ni aku tanak cerita pasal apa aku buat and story yang banyak selama 4 hari tu tapi aku nak kongsi sesuatu agar boleh jadi satu pengajaran buat aku, dan yang lain jugak! :)




Tak nafikan dalam minggu ni memang aku ta busy pon. Kelas asek tak da, then rutin macam biasaaa lah bangun lewat. Tapi dalam dua tiga hari lepas, aku dapat lah borak-borak ngan sorang kawan aku time zaman kejatuhan aku yang gila-gila dulu. Siapa dia suma tu, aku rasa macam tak perlu kodd aku mention. Borak punye borak then sampai la bab cinta. Hahaha. Part ni paling aku ta suke, SERIOUSLY. Tapi aku layan jela.. Tengok macam dia ada masalah ja. Then ya.. She is. The dia confessed something kat aku and yaa aku dengan cool-nye diam je dengar dia cerita.


Aku hanya mampu ringkaskan ape yang aku sebenarnye patot. Dia sebenarnye seorang perempuan yang dah terbuat something or erti kata lain or fiksyen-nya, dah terlanjur dengan boyfriend dia. Aku kenal boyfriend dia. I just could said.. OK. Dorang sebenarnye tengah dalam keadaan situasi konflik jugak la katenya. Boyfriend dia tu minta si kawan aku ni masa and ruang untuk dia "berehat" and bertenang and dia akan contact balik ngan kawan aku ni semula. Aku pon tatau la apa yang boyfriend dia tuh maksudkan dengan "berehat" tu? Grrr. Adakah dia nak lari dari masalah? Okay, this type of guy memang memang seriously useless. And for sure pulak, kawan aku ni takut la and gelisah semacam if boyfriend dia tuh tinggalkan dia. Plus, memang since awal lagi dorang niat and janji nak kahwin lebih-lebih lagi bila dorang dah terlanjur. Family kawan aku ni pulak, kenal la ngan boyfriend dia tuh tapi dorang tatau lah yang dorang dah terlanjur or bla bla bla kan. Then kawan aku ni cam tatau and bingung laa tatau nak buat apa.


Okay. Senang ja. Kalau kes-kes macam ni. Aku pon tatau and ta berani nak cakap apa. Sebab aku bukan lah kaki menasihati orang. Tapi sehabis bolehnya aku akan cuba untuk mambantu and advise apa yang boleh. At the moment, aku baru habis baca satu buah buku yang aku beli kat kedai buku Freedom kat area Parit Raja (Cool kodd first time baca buku habis). Korang boleh la try usha beli tengok. Tajuk buku ni , "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab". Aku recommened buku ni sangat-sangat. Berguna sangat-sangat. Dari perkara remeh sehinggalah ke wajib, sume persoalan terlerai. Subhanallah. Berbalik pada cerita, aku teringat antare persoalan-persoalan yang diutarakan dalam buku ni. Salah satu nya kes macam ni lah jugak. Okay, just cool girls. What the only thing that you have to know is,




".. si lelaki tu sebenarnye PERLU bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan mengambil wanita itu sebagai isterinya. Manakala, si perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki itu berkahwin dengannya.."





Ya, inilah jawapan sebenarnye dari sebahagian soalan yang dikemukakan. Ini apa pandangan aku lah kalau dah kat situasi macam ni. Kalau dah jadi macam ni, and si lelaki tuh pulak macam nak ta nak and nak tangguh-tangguh niat nak amik dia sebagai isteri dia, then macam terang-terang lah kan si lelaki ni macam nak lari ja dari tanggungjawab dia. Aku pun ta berani nak cakap lebih sebab hati manusia kita tatau kan. Then apa ja yang aku boleh advise kat kawan aku ni, tak ada apa yang boleh dia buat sebenarnye selain bertaubat kepada Allah. Selalulah memohon  diampunkan dosa, dan petunjuk-Nya. In sya Allah. Sebab kita hanya manusia yang tak kan pernah lari dari membuat kesilapan, percayalah. Pintu taubat tu akan sentiasa terbuka. Berdoa and mohon supaya Allah membuka hati lelaki tu supaya timbul rasa bertanggungjawab dengan perbuatanyya itu and mohon banyak-banyak supaya Allah permudahkan urusan dorang berdua.


Aku selalu pengang satu dalam diri aku yang mana aku bawak kata-kata ni dari dulu lagi. Guys. Manusia itu berubah! Percayalah. Ya, it is. Manusia ni kita tatau hati budi dia. Apa perasaan dia. Perasaan ni kadang kala sering berubah tau. Ta tetap pendirian. Macam aku jugak, selalu berubah hati. Tak kiralah dari segi apa sekalipon. Apa yang boleh kita lakukan ? Cuma satu. Berdoalah banyal-banyak pada dia. Macam aku penah cakap sebelum ni, Allah Maha Mendegar. Sentiasalah mendoakan kebahagiaan diri kita serta orang-orang yang kita sayang. Siapa tahu, satu hari nanti hati-hati orang yang kita sayang berubah kan? Dan bila-bila masa ja manusia boleh berubah. Berubah dengan dua. Satu, berubah ke arah yang lebih baik. Yakni dengan barakah Allah. Kedua, berubah ke arah yang mensia-sia-kan. Subhanallah. Minta dijauhkan.






Sukar sememangnya untuk mencari soleh dirimu andai solehku tidak setanding dengan kesolehanmu. Wahai sahabat-sahabatku, sesungguhnya janji Allah itu pasti. Janji Allah pasti kita pegang dalam misi mencari diri "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik". Wallahualam. :')



Truly,

No comments:

Post a Comment