Sunday, 6 May 2012

Kesabaran Cinta

Assalamualaikum dan Ahlan wasahlan, Ya Habibi Ya Maulana! :)


Hai semua. Aku baru je selesai agih-agihkan tugas untuk group project subject Account ni ha. Penat plus plus plus letih pon ada ni. Serabot aiiih nak buat. Ya Allah, moga tuhan sentiasa ada dengan aku agar aku diberi sepenuh kudrat untuk selesaikan tugasan ni dengan rakan-rakan yang lain dengan sempurna, Amin. Terasa pagi ni aku nak kongsi something yang sebenarnye satu perasaan yang aku rasa dah lama aku nak luahkan pada seseorang tapi tak kesampaian. Hee. Mungkin aku tak kuat untuk luahkan macam ni. Mungkin juga perpisahan ini menguji aku untuk terus bersabar. Aku terjumpa satu artikel ni di mana sebenarnya inilah luahan aku yang aku rasa aku nak luahkan pada tika itu tapi tak kesampaian dek hajat. Mungkin aku takut kehilangan dia kot time tu. Tapi sebenarnye, inilah luahan hati yang aku nak kongsi pada semua. Ayat-ayat dalam ni aku ada ubah juga, based on my stituation. Harap menjadi iktibar buat aku dan semua pembaca. :')


=======================================================================


Saya sayang awak. Tapi betul ke saya sayang awak? Awak sayang saya ke? Kalau sayang, kenapa awak pegang tangan saya? Nak hug saya? Ye wak.. Memang awak tak kasi lelaki lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan? Saya sayang awak ke kalau saya bagi semua tu kat awak? Saya sayang awak. Betul. Tak tipu. Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai? Saya lupa Dia yang dah menciptakan saya, yang hadirkan perasaan cinta ni untuk awak. Saya lupa solat, saya lupa dosa. Saya lupa Tuhan..


Betul wak. Saya sayang awak. Tak tipu. Tapi saya takut.. Taku sangat nak sayang awak. Awak baik, selalu solat awal. Tapi napa bila dengan saya awak lupa solat? Masa kita keluar, kita lalu ja depan masjid. Tak pernah stop. Tapi kat tempat xda orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan? Saya hargai sangat.. Saya tahu awak sayang saya. Tapi napa awak tak simpan duit tu dulu. Kalau-kalau ada jodoh, boleh kita kahwin. Awak. Saya takut. Takut sangat. Takut bila ingat apa yang kita dah buat. Saya nak awak jadi halal untuk saya. Tapi tak boleh la sekarang. Macam mana awak nak tanggung saya. Kita belajaq lagi.. Saya nak hidup dengan awak. Saya nak awak jadi imam saya. Nak sangat share everything dengan awak. Saya nak jadi kekasih halal awak. Tapi betul ke cara kita wak? Saya takut..


Awak. Saya nak hidup dengan awak forever till Jannah Allah. Tapi layak ke kita pi heaven kalau kita cmni? Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita pergi. Ta kisah lah saya dulu, awak dulu atau dua-duanya sekali. Boleh ke kita pi heaven kalau Dia panggil kita sekarang? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti? Saya malu sangat sangat kat Dia. Awak.. Lama saya fikir hal ni. Saya fikir pasal kita. Ya, betul saya sayang awak. Tapi sampai bila kita nak camni? Awak. Saya dah fikir lama. Lepas ni, kalau saya tak message awak, ta nak jumpa awak, ta nak call awak, ta nak video call, mms or else, awak jangan salah faham ye. Saya buat macam tu sebab saya sayang awak sangat-sangat. Awak.. Saya nak forver kat Jannah dengan awak. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi sekarang, saya bersyukur sangat. Tuhan sayang kita. Kalau dekat, awak boleh agak kan apa kita buat nanti?


Saya tatau macam mana nak bagitau awak. Saya jaga hati awak. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan suara saya. Saya suka buat awak cair dengan saya. Jahatnye saya.. Awak , saya banyak dosa. Awak nak ke terime orang macam saya jadi wife awak? Awak.. saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi halal buat awak. Saya nak jadi the best wife untuk awak! Baru la awak tak pandang orang lain dah. Saya tak nak susahkan awak dengan saya yang macam ni. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak. Bukan kat dunia je taw.. Tapi untill Jannah Allah! Saya nak jadi bidadari awak selamanya.


Awak. Saya tahu saya bukan insan yang elok. Banyak sangat kurang and tak layak nak tegur salah awak. Tapi saya sayang awak. Apa kita buat, bukan ada orang tahu pon. Sapa lagi nak tegur awak kalau bukan saya? Saya pon nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga. Ta nak ke? Tak kan la awak sayang saya untuk happy-happy kat dunia ja? Awak ta nak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti? Awak. Tolong la. Saya tanak jumpa awak. Tapi mungkin saya lalai jugak nanti. Syaitan selalu ada dengan saya. Suka ja kalau saya keluar dengan awak, gadoh ngan awak. Awak. Tolong la ingatkan saya jugak ye bila saya lupa. Saya lemah sangat. Saya akan cuba untuk jadi kuat.


Saya sayang awak. Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita sebelum kita sempat bertaubat. Takutnya saya. Awak tak takut ke? Macam mana kita nak pi syurga? Macam mana saya nak jadi bidadari awak ? Saya nak sangat cinta ini kerana Allah. Saya malu sangat dengan Allah. Awak.. Saya nak berubah. Untuk diri saya jugak. Untuk mak abah saya. Tapi, kalau saya berubah.. Awak still terime saya lagi kan? Awak. Doalah agar saya sentiasa dibimbing oleh-Nya. Berubah demi cinta Agung, cinta kepada Allah. Awak. Saya pon nak kita jadi pasangan yang educated. Nak sama-sama berjaya. Tapi educated yang taat padaNya. Mesti bahagia kan. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita.


Awak.. Kalau saya pergi dulu, saya nak tunggu awak kat syurga tau. Awak doakan saya selalu ye. Awakk. Maaf kan saya kalau apa yang saya buat and bagitahu ni mengguris hati awak. Saya buat macam ni sebab saya sayang awak. Saya tatau macam mana nak bagitahu awak. Sebab tu saya taip kat sini. Maaf sebab saya post kat sini. Bukan nak bukak aib sendiri. Atleast mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai pangajaran dan panduan, In sya Allah. Ramai kat luar sana couple and buat macam-macam. Saya takut nak luahkan pada awak selama ni. Tapi saya harap awak tergerak hati untuk baca ni. Saya tunggu awak jemput saya sebagai yang halal untuk saya nanti ye. Saya sayang awak ETERNALLY AND INFINITY.


=======================================================================


Ops ops opsss awak-awak semua! Aku rasa cerita ni tersangat umum. Ditujukan untuk semua kaun Adam dari kaum Hawa sebenarnya. Tak kiralah sejauh mana dosanyang telah dilakukan oleh sepasang pasangan tu sekalipon. Yang part body-body tu, tu dari artikel okay. Statement ni terlalu umum bagi aku. As I mentioned earlier, artikel ni aku hanya copy dari sumber-sumber terdekat ja and ada certain ayat yang aku ubah ikut situasi aku dulu. Hehehehe. And ya, who doesn't kan? Tell me siapa yang ta nak menginginkan kehidupan sebegini. MashaAllah.


Guys, aku belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup aku perlahan-lahan.. Dengan kekuatan yang ada sebenarnya, aku masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati. Aku belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang-kadang membuatkan aku kosong di dalam meniti hari. Namu apa yang aku tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walau kita belajar melupakannya. Dan YA, aku sedang persiapkan diriku untuk ke arah yang lebih baik, in sya Allah. Apa yang aku cube kongsi kat sini, jika benar sayang Allah, buktikanlah dengan segera menikahinya, insan yang korang sayang. Tak cukup duit tidak mengapa, seriously. Allah kan dah beri janjiNya. Janji rezeki dari berkatnya pernikahan. Jika benar cinta pada Allah, segala halangan di depan bukan menjadi alasan.


Redha Allah, redha Allah, redha Allah! Dengan mengharapkan redha Allah, segerlah jumpa walinya. Jika korang perlu berlutut, berlututlah. Jika perlu menangis, menangislah. Sayang Allah adalah suatu perjuangan!


Ukhwah Fillah Abadan Abada. Persahabatan kerana Allah selama-lamanya!




Truly,

No comments:

Post a Comment