Monday, 21 May 2012

La Tahzan

La Tahzan. Maksudnya, janganlah bersedih. Teringat masa sekolah rendah dulu belajar Bahasa Arab. Tetibe sekarang teringin nak belajar balik. Nasib baik roommates aku kali ni tahu jugaklah nak berbahasa arab. How I wish to learn this beautiful language :'(. Janganlah bersedih. Berkali-kali ayat tu dibisikkan ke telingaku oleh rakan-rakan ku. Ya, insya Allah. Aku masih kuat lagi.




I had my presentation today. There were two presentations just now. And alhamdulillah, it's went well. Tapi agak frust ngan second presentation. Aku punye lah berkobar-kobar petang tu dengan my preparation semua. Aku bawak my guitar during presentation. Macam-macam aku plan nak buat time presentation. Sampai lah orang ke dua sebelum aku, tetibe aku terasa sedih sangat bila Naddy tunjuk something ngan aku. Die tengah online sebenarnye. 


"Kau ngan F__ camna?"
"Napa tanya pasal dia? Aku dah cakap kan jangan sebut nama dia. Napa?"
"Takdelah. Tapi jap.. (sambil tunjuk ke arah handphone dia) Perempuan ni ex dia ya?"
"Oh budak ni.. C__ ni.. Eh, kau friend ngan dia? Bila kau friend ngan dia? Asal kau friend ngan dia?"
"Eh tak lah. Haritu kan kau cerita budak ni kat aku, so aku add lah. Sorry lah wei. Aku tak tahu. Tapi tu kan dah lama. Tapi.. Hmm. Takde pape lah.."
"Tapi apa? Kau nak cakap apa? Baik kau cakap naddy.. Cakap la cakap la.."
"Ish takde papela. Kau tu dah la nak present satg. Nanti tak pasal-pasal kau sedih."
"Tak.. Tak nye. Aku xsedih. Napa?"
"Hmm.. Ni.. Die tag nama F__, 8 May."
"Tag? Huh.. Dorang dah friend rupanya. Lepas putus ngan aku, nak pula dia kawan ngan ex dia. :'("
"Weh kesian kat kau. Kau tak payah lah wei mengharap apa-apa lagi kat dia. Aku sedih tengok kau ni. F___ tu macam tak pernah serious ngan kau. Kau tunggu je yad. Sabar. Ni semua karma. Apa dia buat kat kau, nanti Allah balas. Pecaya cakap aku."
"Sedihnya aku weh.. Aku nak nangis la.. Camna ni, satg nak presentation. Takmo present.. :'( Hmm, aku nak call dia boleh x malam ni.."
"AAAAHHH, tak payah weh. Kau tak payah nak call dia la. Dia pon tak ingat kau, kau tak payah call dia. "
"Hmm.. aku nak message dia jap la.. Arini hari Isnin kan. Hari ni full day dia xdak kelas. Bak beg aku, nak amik handphone.."
"Tak de tak de, tak payah. Message pon  tak payah. Janganlahhh yaddd. Nanti dia lagi suka kau cari-cari dia sebab dia tahu kau xleh lupakan dia. Lagi dia gelak-gelakkan kau nanti."
"Sedih..Boleh tolong aku tak? Tolong remove dia dari friend kau boleh? Pleasee.. Aku xnak tahu apa-apa pasal dia."
"Okay-okay aku remove ye. Haa, nampak ni dah remove. Dah-dah. Fokus presentation tu haa."
I ended up the conversation with tears sebenarnye. Nangis bukan bermaksud  aku sedih tapi aku lemah, takut aku xmampu nak tempuhi cabaran ni. Tapi aku percaya, tuhan tak bagi caran dan dugaan pada hambaNya jika mereka tak boleh lakukan. Jadi, dugaan ni adalah sebagai kafarah dari dosa-dosa aku dulu. SubhanaAllah..


Aku tak suka cerita pasal hati. Tak suka. Nanti aku akan teringat semua bende and pada saat itu pula aku sedang untuk melupakan seseorang yang tak pernah menghargai cinta aku terhadapnya. Seseorang yang mana mungkin mencintaiku sepenuh hati dia. Seseorang yang hanya untuk berseronok denganku. Seseorang yang tak pernah menilai pengorbananku. Dan seseorang yang tak pernah membawaku ke jalan-Nya. Sungguh, aku tak pernah merasai senikmat-nikmatnya kehidupan ini kecuali dengan bsersujud kepada-Nya , menyesali setiap perbuatanku, dosa-dosa yang telah aku lakukan bersama. Biarlah aku kehilangan cinta manusia, tapi mana mungkin aku sanggup kehilangan cinta maha Pencipta-ku.


Sesungguhnya Allah sedang menguji kesabaranku, keimananku. Betul kata Naddy. Lelaki itu tak pernah terdetik untuk mengingatiku, malah sering kali dia melukakn hatiku, mengapa aku perlu menagih dan terus bertahan untuk mengingati dia pula? Mungkin aku tak punyai kekasih, mungkin aku tak punyai skandal, mungkin aku tak punyai kawan-kawan lelaki yang ramai. Apa semua itu? Aku bukanlah yad yang dulu. Aku adalah Hidayah yang baru. Hidayah yang kuat, sabar dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan-Nya. Yang menyerahkan 100% in God's plan. Insya Allah. 






Hati tak kan berubah untuk berpatah balik. Hati aku kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik. Masa lampau/masa silam adalah suatu kenangan dimana boleh dijadikan sebagai teladan untuk satu penghijrahan yang baru. Aku percaya satu. Tuhan tu Maha Adil. Maha Mendegar. Maha Mengetahui setiap kejadian. Mungkin inilah jalan hidupku. Inilah yang telah ditentukan oleh Allah untuk hidup ku. Yang telah tercatat sejak aku masih dalam kandungan ibu lagi. Inilah cerita hidupku. Bertemu dengan lelaki-lelaki yang menjatuhkan aku. Lelaki yang mempermainkan aku. Mungkin juga lelaki yang menggunakan aku hanya untuk berseronok di dunia. Itulah kisah hidupku. Aku tak pernah menyalahkan takdir. Aku tak kan pernah cakap "Aku Benci Lelaki". Kerana lelaki itu juga adalam hamba-Nya. Yang mampu bertaubat dan memohon sejuta keampunan dariNya sebagaimana aku juga berubah untuk ke arah yang lebih baik.


Aku takut. Aku takut aku xmampu atau tidak sempat untuk menjadi wanita solehah. Sempurna akhlaknya serta auratnya. MashaAllah.. Aku berubah bukan kerana manusia. Aku berubah bukan kerana lelaki. Aku berubah bukan kerana duniawi. Aku berubah bukan kerana ke-ter-paksaan. Aku berubah kerana Allah. Bersyukur sebenarnya bila perpisahan terjadi antara kami. Biarlah.. Tak perlu aku terhegeh-hegeh untuk mendapatkan dia balik. I believe in God's plan. Jika benar dia jodohku, sejauh mana aku berlari, sejauh mana kami terpisah, sejauh mana kami di uji.. Jika dia jodohkau, akan pasti dia jodohku. Biarlah aku tidak berjodoh dengan yang lain melainkan dengan dia. Moga tuhan bukakan pintu hati dia sebagaimna Dia membuka hati ku untuk buat suatu penghijrahan yang amat besar bagi ku. Moga tuhan dampingkan dia dengan rakan-rakan yang dapat membimbing dia ke jalan Allah sebagaimana Allah mendampinkanku dengan rakan-rakan yang membimbingku ke jalan-Nya.




".. Ya Allah, bantulah hambamu mencari Hidayah daripadaMu dalam mendidikkan kesabaranku. Ya Allah, tabahkan la hati hambamu ini di atas perpisahan ini..".


Truely,

2 comments:

  1. yad, jangan sedih2. sedih pula baca entri ni :(

    ReplyDelete
  2. insyaAllah thoy. u too ya! jangan sedih-sedih pula baca entry ni. hehehe :')

    ReplyDelete