Thursday, 14 June 2012

Allah knows best and chooses the best

Assalamualaikum w.b.t!


Oh tidakkk. Terasa nak menjerit, hoi hoi hoi. Hehehe. Lamanya tak update blog. Sangat sangat lama. Puiih, lama lah sangat. Kena tinggal berapa minggu je pon. Haritu sempat la posting entry paling pendek lah. Tu pon time tengah bosan-bosan study and gedik-gedik nak post jugak entry. Gedik betol. OK.


Tersangat lama bagi aku sebab menghilangkan diri dari mengemas kini aku punya blog ni. Sejujurnya, saya tidak ada masa nak sentuh blog ni. Masa tu sebenarnya ada cuma saya perlukan ketenangan yang sangat-sangat damai dan usually saya akan update blog ni tengah-tengah malam around dua tiga pagi. Tak pernah la pulak kan aku update tengah-tengah siang. Memang xda feeling time tu. Ehee. Sesungguhnya sekarang ni aku tengah sibuk berperang dengan final exam aku. Sangat-sangat letih. Au tak pernah rasa letih macam ni sekali. Even last semester pon aku tak pulun camni. Target aku kali ni adalah, 4FLAT.



To be honest. Kita kena target paling tinggi and paling tinggi supaya kita akan usaha untuk capai matlamat kita tu. Jangan target dean list jaa, tapi target empat point zero zero okay? Aku tak pernah dapat 4FLAT. Aku teringin sangat sangat nak dapat. Tapi aku pernah slightly 4FLAT masa zaman matrikulasi dulu and just tipis kat satu subject jaa, A-. Sedih oh time tu, tapi tetap rasa syukur sangat-sangat. Memang pulun habis time tu. Okay, so kali ni memang aku nak target straight A's. Sangat. So apa yang kita perlu untuk capai mimpi-mimpi tu? Semestinya kita perlu, usaha+doa=tawakal. Ni lah equation yang aku guna dari dulu sampai sekarang. :)

So harini adalah hari Khamis, Jun 14. Masih berjuang untuk empat papers lagi. Baru lepas satu paper, alahai terasa lambat sangat nak habis lagi empat papers yang tough tu. Sabar jela. Ni pon aku curi-curi masa aku untuk update blog aku ni ha. Memang xcukup tidur la. Sakit badan lah. Lapaq lah. Semua ada lah during examination fever ni. Macam-macam hal kan. Dugaan duhai hati. Hehehe. Dalam ke-busy-an aku menghabiskan masa menghadap buku, tetibe terlintas pula satu benda. Oh ya, harini Jun 14. Sudah genap dua bulan aku kehilangan dia. Alhamdulillah :'). Syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih lagi mampu bertahan dari segala godaan syaitan, In Shaa Allah.

Maaf. Niat aku kali ni bukan nak mengimbau kenangan ke hape ke. Tak. Mengimbau kenangan itu perit, sungguh. Kalau kenangan tu tetiba je datang, cepat-cepat laaa aku toleh benda lain supaya takdak terus dok berlegar-legar kat kepala ni ha. Kadang-kadang kenangan yang datang tu membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti bila kita melihat bahawa bahagia itu bukan milik kita. 

"Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang. Tiada saat dalam hidup ini untuk mengingatimu. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat. Pada hakikatnya amat aku dambakan kamu, dan sampai bila air mata ini berhenti mengalir. "

SubhanaAllah. Menyimpan kenangan itu sangat menyakitkan. Apalagi jika dia tidak menjadi milik kita lagi, yang ada hanya tangis yang selalu menemani sepanjang hari. Menginginkan pada satu harapan yang masihtertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu.

Astaghfirullah'alazim. Kita rebah dalam angan yang tak sudah.  Kita lemah dan hanyut dibuai kekecewaan yang dalam. Ya, terasa dihargai bila diri disayangi dan dicintai. Walaupun kita tahu tak mungkin cinta kita bersatu bersama lagi. Dan kini aku mulai sedar, saat aku juga merasakan cinta antara aku dan dia, dan nyatalah cinta yang hadir tu cuma sekadar menguji dan menyakitkan. Bukan untuk bersama. Aku mula sedar untuk simpan saja rasa cinta itu menjadi kenangan lalu. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat aku dan dia, In Shaa Allah. 

Aku memohon sangat sangat pada Allah, agar aku tidak dijodohkan dengan lelaki yang hanya menyesatkan aku dan hanya membawa aku ke celakaan. Aku mohon agar Dia pertemukanlah aku dengan seseorang yang melabuhkan cintanya hanya pada Allah. Minta dijauhkan lah aku dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupku. Aku tidak mahu hidup bersama mereka. Aku tidak mahu, Ya Allah. 


Hidup tidak akan pernah lari dengan perasaan. Tipulah kalau kita tidak pernah memendam perasaan pada sesiapa. Jiwa remaja. Tak kan ke? Begitulah aku. Aku tak suka perasaan ni. Nanti mulalah nak pikir bukan-bukan, nak layan perasaan tu kan. Macam nilah. Bak kata seseorang tu :

"Kalau ada, adalah. Kalau tak da, takdalah."
Aku pegang kata-kata dia. Dia lelaki yang baik, In Shaa Allah. Tapi terkadang, pernah rasa meluat pula dengan dia. Meluat sangat, menyampah pun ada. Benci pun ada. Perasaan ni tak menentu. Rasanya terlalu awal lagi nak kearah yang tah pape. Ah, malas pulak nak pikir. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Okay, jangan pikir bukan-bukan. Kitorang xdak pon selalu text text apa semua benda tu. Text bila perlu, text pasal belajar. And tak de pasal hati or bla bla bla. Aku hanya melihat dia dari jauh ja. Jauh di sudut hati, andailah 'ada' antara kami. Aku bersyukur sangat Ya Allah. Agar dia boleh membimbing aku seiring dengan nama nya. Tapi siapalah aku..Biarlah Allah yang aturkan. Aku tahu disebalik setiap kejadian itu, tersemubnyi satu kebahagiaan yang pasti datang buat aku. Aku hanya pula sabar. Terima kasih, Ya Allah.


Biarlah diri ini tidak terburu-buru mencari cinta manusia. Yang perlu aku burukan ialah cinta Pencipta-ku. Jangan menangis kerana lelaki, tetapi menangislah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan.


Sesungguhnya, jodohmu ada di tahajjudmu. In Shaa Allah.

Truely,


No comments:

Post a Comment