Monday, 25 June 2012

Jaga diri sayang..

Assalamualaikum w.b.t!


OK. Pertama sekali, alhamdulillah ya Allah akhirnya berakhir jugak final exam aku untuk semester dua ni. Walaupun pengakhirannya agak mengecewakan, tetapi apa boleh buat melainkan tawakal sajalah kepada Allah. Moga dipermudahkan segalanya.


Tadi pagi berakhirlah kesengsaraan aku selama dua minggu ni bertarung dalam peperangan pepriksaan akhir semester dua. Orang lain semua dah habis paper, yang aku ni tercangak-cangak lagi tak habis lagi. Mostly bebudak IT batch aku semua dah angkut barang dorang balik since Khamis lepas which lepas paper Account. OK. Sangat menyampah, seriously. Hahaha. Sebab dorang tak amik Introduction to Multimedia punya paper. Cissss. So tadi paper last agak serabut jugak lah kan. Semua silibus tak keluar! (Ehhh?). Okay, silap. I mean, yang keluar semua application okay. Praktikal questions masa dekat lab haritu. Okayy, fine. Paper start pada 9 pagi. Berkahir pada jam 12. Dan aku telah siap pada jam 10.30 dan aku keluar dewan pada jam 11. Hahaha.


Tiket bus ke Shah Alam pukul 2.30 petang. So after habis paper, aku and Faiz pergi ke Coolblog lah macam biasa. Menikmati Chocolate Milk Tea. Dan selepas itu, kami ke rumah sewa untuk letak barang-barang yang still tak habis angkut lagi. Sangat sedih sebab cuti seminggu ni tak dapat nak bawak balik my Kancil. Why? Ok, since cuti semester dua hanyalah SEMINGGU dan abah pula tak kasi bawak balik sebab seminggu je then macam tak berbaloi je. Betul jugak tu. Hari sabtu/ahad aku dah nak berangkat balik Batu Pahat dah. So, terpaksa lah aku letak Kancil kat rumah sewa aku untuk seminggu ni. Sangat sedih lah. Hadooiii. Lepas habis check satu kereta, lock sana, lock sini, aku pun sempat lah tangkap gambar sama-sama ngan Kancil aku berhadapan dengan rumah sewa kami.




Oh yaa. Syukur, naik short semester tiga ni aku dan lapan orang lagi gegels aku akan stay kat rumah sewa baru kami ni :) Moga dipermudahkan segalanya. Masuk rumah baru ni, kena banyak baca-baca. So aku harap Kancil akan tidur dengan nyamannya selama seminggu ni sebelum aku bawak dia jalan-jalan naik short sem nanti. Hahaha. Lepas park kereta semua, aku, Faiz dan Kak Fiza pon berangkat ke Bus Station BP.



Hahaha. Rasanya Faiz pon dah sayang ngan Cik Kancil ni sebab sapa je lagi penumpangnye kan. Hehehe. Sangat risau weh bila berjauhan ngan Kancil. Nasib baik rumah kami terletak dalam kawasan perumahan yang damai dan tenang. Jiran-jiran pun baik-baik semua :)


Okay. Ni ada beberapa shot terakhir sebelum kitorang gerak ke Batu Pahat. Aku selamat sampai rumah pada jam 7. Terasa tenang bila balik rumah. Ehehe. Tapi sangat sedih sebab hanya seminggu je cuti. Bebudak course lain semua cuti dua bulan which dorang naik semester tiga masuk bulan September nanti. Course kami ni je haa ada short semester tiga. Bagus lah. Nanti dorang baru nak semester tiga, kitorang dah nak semester empat :D Dan yang paling best, kitorang habis awal dari dorang. Hehehe. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak sangka, dah nak masuk tahun kedua aku kat UTHM ni. Sekejap je masa berlalu kan. 

Hmm. Sesampai rumah, aku dihidangkan dengan dinner yang sangat sedap okay. Mak masak masakan kegemaran aku. Ikan pari masak asam pedas. Perghhh. Sedap okay. And ooh ooh, sayur masak lemak pon ada. And aku try makan ikan kering yang masak tadi since dorang baru balik dari Sabah. Eh wait, aku tak sure sama ada tu ikan kering or what. Errr =.=


Fine. Tetibe perut aku craving Hot and Roll pulak. So aku cecepat text abang aku supaya dia buatkan paratha untuk aku. Hehehe. So aku ordered due bijik Paratha Piza Beef. Oh myyy. Sangat sedap. Dah lama craving okayyy! Haritu merantau cari kat Batu Pahat, xdak. Tanya orang JB, depa pon tak tahu kat area JB. Nasib baik abang aku bukak Hot & Roll. Apa guna ada abang kannn? Kirim je, then sampai lah kat rumah. Thanks along!

"Credits to Pak Google"

Ni lah sample inti yang ada kat dalam Paratha Piza Beef. Korang boleh lah Google. And pi la try makan. Sangat sedap okay. I recommended this! 

Okaylah, that's all nak kongsi. Esok aku dah mula keluar. Wopss, keluar ngan mak okayyy. Nak spend my days with family jaa setiap kali cuti sebab bila dah balik UTHM, boleh enjoy ngan kawan-kawan kat sana. So jadual aku esok ialah teman mak pi kuliah agama dekat Masjid Negeri. Lepas tu, jenjalann and shopping. Hehehe. Psstt, kereta xda so susah nak gerak. Hanya depend ngan kereta mak jelah nampaknye. Okay, take care korang!

Wasalam.
Sincerely,


No comments:

Post a Comment