Friday, 1 June 2012

Moment in Time

Assalamualaikum wbt. :)


Salam kebusy-an dari aku. Baru berpeluang nak update blog. Banyak nak update sebenarnye tapi aku dahulukan dengan entry aku yang ni dulu lah ye. Hihihi. Oh sebelum tu, pejam celik pejam celik kita sudah di pertengahan tahun 2012. Alhamdulillah. Take note, dunia itu pergi menjauh walhal akhirat itu datang mendekat. Peringatan buat diriku dan semua yang membaca.


Minggu ni sangat-sangat sibuk. Sibuk dengan report projects. Alhamdulillah, semuanya settled dengan jayanye. Tapi, hampanya bila rabu lepas aku dan rakan kelas terime lagi satu project Mathematics dari lecturer kami. Di saat akhir nak final ni, minggu depan dah nak study week. Hanya sabar yang mampu aku ucapkan berkali-kali kat diri aku. InsyaAllah, esok baru aku nak start buat. Moga dipermudahkan semuanya.


Oh ya, minggu ni juga adalah minggu bebudak course aku daftar short sem. Memang pejabat fakulti aku tu padat dengan bebudak yang sibuk nak daftar. Sapa yang tak bayaar yuran lagi tak leh proceed daftar. Aku bayar tak awal, tak lewat. Dalam hari selasa selesai semuanya. Short sem akan start around 2/7 ni which betul-betul lepas habis final semester 2. Yang aku tahu course aku je ada short sem and ada jugak dengar bebudak Aeronautical pilot-pilot ni pon ada short sem. Memang sunyi la UTHM nanti. Hanya ada budak diploma and mahasiswa/i diploma yang baru masuk nanti. Dah nama short sem. So hanya dua bulan sahaja pembelajaran kami. Bulan 9 terus naik semester 4. Fuh! Tak sangka dah tahun 2, alhamdulillah :D


"First Jet dari UTHM. Depa kat sini panggil nama bende ni, "Miss Jet". Yang pasti, bebudak Aero kat sini sume teruja kan ;)".


Then hari rabu lepas aku tolong Faiz settlekan pendaftaran dia. Selesai semua masalah tu, aku dan Faiz pon pi la membazirkan duit kami dengan makan fast-food. Ni pon sebenarnye bukan niat pon nak makan Mcd. Ingatkan pi Taman U sebab nak pi pasar malam. Alang-alang macam aku 'ter' pulak teringin nak makan Mcd. So Faiz pon ape lagi, temankan la aku. Well, aku tak tahu nape tapi kali ni aku tersangat la comot makan. Grrrr. Hahaha. Oh, aku ordered satu set medium Mac Chicken. Si budak Faiz ni pulak beli Apple Pie ngan Mac Sundae Caramel. Puihh puiih, tak sedap laaa Mac Sundae tu. Hahahaha.






Kehkehkeh. Habis la jugak duit aku pi situ. Beli Mcd lagi, pi pasar malam lagi. Macam-macam beli. Boros ya Allah! Then semalam pulak adalah hari Khamis. Khamis pon kami keluar lagi. Pi fakulti la, ape lagi. Tah habis lagi pendaftaran ni, susah benar nak daftar nye. Hahaha. Okay-okay kali ni memang dah settle. Memang nak settle hari tu jugak, kalau tak hati tak tenang. After tu, aku dan Faiz pon pi la Parit Raja. Pi lunch kat sana. Puihh puiih. Si Faiz makan nasi ayam and aku makan KFC. Sempat la kan nak tangkap gambar. Makan kat KFC ni pon bajet comot lagi. Tumpah habis aiih meja aku. Bayangkan, lelaki mana sanggup tengok perempuan makan comot-comot ni. Lantak depa lah, aku tak kesah pon. Kahkahkah.




Yang pasti, kenyang. Hehehe. Selesai lunch semua, kami pon balik la ke hostel. Sebab malam tu ada majlis Munajat Kubra kat Masjid Besar UTHM. Akan diadakan bacaan yaasin, solat hajat, qiam dan tazkirah. Aku telah di-invite oleh someone yang aku tak kenali di FB. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Bersyukur sangat sebab dapat pi sama-sama ngan akak-akak rumah aku. Dalam dua buah kereta jugak. Aku gembira sebab mereka semua nak pergi. Mereka adalah wanita-wanita terpilih untuk hadir ke majlis tu. Alhamdulillah Ya Allah. Walaupon lewat sampai, tapi sempat jugak hadir untuk solat maghrib.



Gambar ni diambil pada sekitar jam 7.00 pagi, Jumaat. Sangat indah rumah Allah. Sesungguhnya, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ku ke masjid besar UTHM ni. Masjid ni masjid baru. Baru ja bukak tapi baru saat ni aku berpeluang untuk menjejakkan kaki aku ke rumah Allah. Sangat indah. Sangat besar. Terasa tenang bila semalaman di sini. Aktiviti ni adalah dari anjuran Pusat Islam, UTHM. Tapi sedih sangat, tak ramai yang hadir. Dalam jemputan kat FB tu ramai yang kata mereka, mereka akan hadir. Aku sedih kat situ jela. Makanan yang disediakan pon sedap sangat-sangat. Bukan kali pertama aku makan dalam dulang yang besar dan kongsi dalam 5-6 orang. Hehehe. Tapi memandangkan banyak makanan lebih, kitorang makan sedulang tiga orang je. Hahahaha. Lapaq wehhh. Sedap pon sedap.

"Muka bercahaya, hehehe."

Tatkala hati ini berbisik.
"Ya Allah, kenapa aku di sini. Kenapa aku di UTHM? Mengapa aku disini. Mengapa aku ditawarkan menyambung pelajaranku di sini Ya Allah"
Dan sesungguhnya aku silap. Silap jauh. Aku tak seharusnya kata begitu. Aku yakin ada hikmah di sebalik kejadian. Rencana Allah itu indah, aku yakin. Jika aku tak berada di sini, tak mungkin aku mampu menjejakkan kakiku ke masjid yang besar tersergam indah ni. Tak mungkin aku mampu melihat Perpustakaan UTHM yang terbesar di Asia. Seharusnya semua ini adalah kebanggaan buatku. Dan ya, jika aku tidak berada di sini, tidak mungkin aku mampu melakukan satu penghijrahan yang besar buat diriku. Sungguh. Sungguh aku bersyukur Ya Allah. Aku percaya, disebalik kesedihan dan kesakitan, ada kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal menjelma. In Shaa Allah. And I really I thank Allah SWT for bringing people in my life who always remind me of Him.




One day, I wanna be in syurga. In Shaa Allah. But it all started from doing good deeds and avoiding from doing big/small sins. Pray for me, dear friends :')


Truely,

2 comments: