Saturday, 2 June 2012

True love stories never have endings

See the title tak?


Haa bagus lah. Aku pon nak story sampai tak sudah, nak muntah-muntah aku nak cerita. Wel,, true love kan. Memang tak kan pernah ada penghujung. OK.


Harini bangun lambat. Dapat message. Cepat siap. Mak abah sampai. Hantar depa pi bus station. Dengan kelam kabutnye siap, aku dan Faiz pon dengan selekehnya turun pi kat kereta. Actually today aku dapat kereta kancil aku untuk dibawa ke kampus. Dan aku kene hantar depa semua pi bus stand Batu Pahat. On our way kan, aku pon teringat sesuatu yang aku dah remind abah awal-awal masa dia nak datang jumpa aku.


"Eh abah, bawak tak hard disk tu. Nak nak, tak sabar ni :D".


Dengan teruja nya la kan nak dapat hard disk dari abah. Jangan gelak weh. Aku memang tak ada hard disk. Tah pape kan? Budak IT je lebih, tapi xda hard disk. Ayah aku siap gelak-gelak lagi sebab aku xda hard disk. Depa hat yang tak amik IT pon ada hard disk. Err, sat. Perlu ke hard disk ni bagi aku? Aku bukanlah seorang yang kumpul video and movie-movie semua ni. Backup disk dalam lappy ni pon tak penuh-penuh lagi. Dan abah pon macam kesian, dia pon bagi la hard disk.


"Oh hard disk ye. Ada ni ha. Hard disk ni 1 Tera. Besar ni. Simpan elok-elok. If rosak abah bagi Aus pulak."
"Yelah-yelah. Pandai jaganye. Aus tu tak pandai jaga barang. Kahkahkah. Mana?"
"Nah..". Sambil hulur hard disk tuh kat aku.
"Haaaaaaaaaaa? Whattttttttttttttttttttt?"


AND I WAS LIKE .... 



Ia adalah hard disk dari Samsung in white colour you. What brand , what colour semua aku tak kisah. TAK KISAH. Yang aku kisah ialah, kenapa semua bende semua mesti nak RELATED dengan F__ !!! Why haaaa. Ya Allah, tolong lah. Pergi mana-mana semua ada kene mengene ngan dia. Aku tak tahan lah. Tak tahan dah ni. Rasa macam hidup dalam duni dia lah. Serabot lah aku. First reaksi aku tengok bende tuh ialah, sebab F__. 


Encik F ada hard disk. Hard disk dia warna merah tapi. Brand Samsung. Exactly same brand ngan aku. EXACTLY. Hard disk dia tu hadiah pemberian kakak kesayangan dia. Sadly, hard disk dia telah hilang masa dia kat Miat which time tu dia dalam minggu orientasi. Hard disk dia hilang with laptop Asus dia. Dalam hard disk dia macam-macam ada. Aku pernah tengok hard disk dia dengan empat biji mata aku. Aku pernah sentuh hard disk dia. Aku pernah tengok isi kandungan hard disk dia. And aku pernah tukaq laptop dengan dia jugak time aku kat Matrikulasi dulu. Paling aku sedih bila dengar hard disk dia hilang. You know, people yang amik bende tu aku harap dia tak buat apa-apa dengan content dalam tu. Seriously, aku geram. Macam barang aku pulak yang hilang. Huh.




Okay. Ni lah hard disk pemberian ayah aku. Sangat sama dengan F punya. Ya Allah. Why ha? Whyyy. Tell me why. Kalaulah aku masih dengan dia, maknanya kitorang ada hard disk yang sama brand which is sama model. How I wish.. Er.. no no. Tak wish pon.


Dan ni yang warna merah yang macam dia punya tu. Sorry noh. Gambar exact dia punya, aku tak da. Well, takdak keja la pulak aku nak tangkap hard disk dia? Credits to Abang Google Image.

Di saat aku berdiri kuat nak melupakan dia, makin kuat perkaitan aku dengan dia. Banyak. Banyak sangat. Sangat. Kat sini aku hurai beberape case. Banyak case sebenarnya tapi dah lupa.


CASE 1
Semalam aku pi dinner dengan Ziha, Faiz dan Kak Zira kat Kedai Pak Joe, depan Perwira. Sambil tunggu makanan, aku baca paper. Then ada topik cerita pasal Tonsil. Antare yang diborakkan dengan dorang :

Aku : "Weh, orang yang ada tonsil ni cepat demam kan?".

Zihah : "Agak la wehh. Aku ada tonsil kot.".

Aku : "So dorang ni kene buang tonsil tu lah eh? Hmm.. F dulu ada tonsil. Tapi dia dah buat operation masa dia sekolah rendah dulu kot kalau tak silap. After operations sekarang ni, dia xleh kene sejuk sangat. Lagi-lagi malam. Kalau tak, habislah dia demam esok nya." Dengan semangat cerita..

Zihah : "Ish.. Napa F kau tuh banyak sama dengan aku ni. Hahaha. Eh Yad, kau ni semua kalau borak mesti nak relate dengan dia kan.."

Aku : "$^%^(*&)(%#@$#@$#^&&("

See. OK. Aku penat. Penattttt.


CASE 2
Tapi petang lepas hantar depa pi Bus Stand, aku and Faiz singgah lah Summit kejap. Saja buang-buang masa jalan-jalan kann. So pusing punye pusing, sampai lah satu kedai ni. Kedai apa? Kedai PERFUME.

Aku : "Weh, pergi sini jap. Uhuk.. Nak nak perfume ni la. Eh, ni pon wangi doh."

Faiz : "Hahaha. Haa, dah mula la tu."

Aku : "Hmmm.. Kau tahu tak apa dalam fikiran aku setiap kali tengok perfume-perfume?".

Faiz : "Aku tahu. Kau ingat... F kan?"

Aku : "Ha'aa. Dia pena beli feveret perfume untuk aku sempena aku dapat good pointer masa matrikulasi dulu. Aku tahu perfume dia. Dia tahu perfume aku. Mustahil orang Langkawi tak suka perfume?".

Faiz : "Sabar lah yad.. Dah-dah. Jom pi kedai lain pulak."

Aku : "Faiz.. Awat semuanya ada kene mengena ngan dia. Awat semua nya pasal dia ada di sekeliling aku. Aku tengok tu, aku teringat dia. Aku tengok ni, aku teringat dia. Nape. Kalau camni, camna la nak lupekan dia.".

Faiz : "Satu je. Sebab kau dah habiskan masa terlalu banyak bersama-sama dengan dia. Kau kongsi tentang diri kau and tentang diri dia sesama korang. Tu sebab, kemana-mana sekalipon mesti ada related ngan dia. Kau paham sekarang kan yad? :)".


Ye. Aku paham. Mungkin juga. Aku tahu banyak benda tentang dia. Sangat. Aku tahu tak ada pompuan lain yang tahu banyak tentang hidup dia sebagaimana aku tahu. Walaupon dia perna curang dengan aku agak beberapa bulan yang lama jugak la, aku yakin yang antara aku dan perempuan tu, dia lebih sayangkan aku. Aku pasti. Sangat. Aku dah lama maafkan dia atas kecurangan dia terhadap diriku. Sabar la.. Semua orang berhak diberi peluang kan? :')

Last aku ketemu dia, pada 11/3 lepas. Rupanya dia dah tukar perfume. Hehe. Dia dah tak pakai Paul Smith. Dia pakai perfume YardLey. Aku cam pelik nape ada nama YARD kat situ. Hahaha. Then dia cakap time tu dia beli ngan abah dia. Tetibe ada perfume nama aku. Then kebetulan bau dia pon dia suka, so dia amik la perfume tu. Aku tahu, dalam kejauhan kami saat ni, jauh di sudut hati dia, dia masih teringatkan aku sebagaimana aku masih teringatkan dia. 

"Bau perfume ni sangat strong and wangi :')"

Proses untuk melupakan tu sangat susah. Mungkin dah sebati dalam hidup ni dalam bayang-bayang dia. Hee. Tak pa la. Aku redha dengan semua yang terjadi ni. Kenangan tu terlalu banyak. Dari tahun 2010 lagi. Untuk mencari yang baru, memulakan perkenalan yang baru tu amat susah la. And amat malas la kan. Malas nak kenal-kenal balik. Tak larat aiih nak cerita balik. Ku sangkakan  hubungan tu berpanjangan tapi berhenti takat ni ja. Tak pa.. Ada jodoh tak kemana kan. Kalau bertahun lama bersama, atlast takdak jodoh jugak, tak ke rasa rugi selama ni? Perpisahan ni adalah satu keputusan yang bijak dan matang untuk aku dan dia.

Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan itu tidak sia-sia. Allah punya rencana indah disebaliknya. 
Allah tahu kita mencintai siapa. Allah tahu kita menyukainya. Serahlah pada Allah. Berdoalah pada Allah. Berharaplah pada Allah. Disebalik kita berusaha dgn cara yg diredhai Allah, usah ditangisi andai tiada jodoh


"Gambar perhiasan"

"Boleh jadi kamu mmbenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah 216)"

Jodoh itu ada, hanya cepat atau lambat, dunia atau akhirat.

Wallahua'lam..
Sincerely,

No comments:

Post a Comment