Friday, 7 September 2012

Girls Shopping

Bismillahirrahmanirrahim.




Salaam'Alayk semua. Dah berkurun lamanya aku tak update blog. Mood nak update blog tak maiii pulak sejak kebelakangan ni. Plus, banyak kerja and hal nak di-settle-kan. *bajet busy . OK.

So, entry kali ni agak bosan. Hahaha. Bukan, bukan. Entry kali ni akan penuh dgn gambar. Gambar aku. Sebab nowadays, ramai kawan-kawan tak kira lah online atau offline banyak tanya aku kat mana and dimana aku beli outfits aku. To make this things clear, mostly outfit yang aku pakai memang aku beli online. So! Mak aku ada bisik-bisik kat aku.

"Beraninya Ida beli barang online. Tak takut dia tipu ke? Kot-kot salah saiz ke. Kan dah susah."

Mak aku takdela membebel tapi die akan sentiase cakap mcm ni. Hihihi. Okay, sebab ape aku suke sangat beli online and memang kerap beli online? Here :

  • MURAH. Tapi taktahu lah orang lain. Tapi bagi aku, mostly murah. Boleh jimat postage, terus beli sekali banyak kan. :D
  • BANYAK PILIHAN. Ni tak dinafikan, sangat. Taktahu lah nape tapi kalau nak dibandingkan seller yg jual offline mcm tak banyak pilihan. Kalau online ni, banyak pilihan and semuanye lawa-lawa. Tapi taktahu kot-kot aku ni je yg taktahu kat lua pun banyak pilihan kan . =.=
  • CUSTOM-MADE. Ok. Lagi satu sebab banyak online shopping ada butik sendiri and kebanyakkan dorang , dorang tak amik stock from supplier tau. Dorang akan design and jahit sendiri. Ni yang membuatkan aku lagi suka. Banyak pilihan. Boleh pilih color, design and else. :DD 
  • MALAS. Yes. Aku malas nak keluar kenkadang. Kadang-kadang la. Sebab jadual kelas tak menentu. Tu tak masuk lagi jadual lain. Kalau keluar pun aku banyak makan je. Tengok-tengok barang ni, kurang sikit.
  • JAUH. Aku belajar kat Batu Pahat, Johor. Soooo, sini tak ada shopping mall yang best untuk shopping-shopping. Sigh.. Demand kan. Tapi kalau kat tempat aku banyak sikit pilihan. :)
  • PASTEL COLOR. Guyssss, aku sangat suka pastel color. Sangattt. Kalau nak cari any dress yang pastel kat luar sangat susahhhhh and even macam tak pernah jumpe koddd. Hanya online seller je ada jual. Eceh! 
"Contoh warna-warna pastel"

And and and since ramai yang bertanya. Kat sini aku nak share and list beberape online seller yang aku kerap beli and memang takleh terlepas dari update dorang. So, let's cekidaut yawwwww.

=====================================================================


Ouuuuuuuuuuuuuh. Dimiliki sepenuhnya oleh Cik Nabihah. Or else aku selalu panggil dia, Biha :D . I'm one of her return customer okayyy. *bangga ke. Bukan. Cuma nak meyakinkan korang je. Aku dah bershopping kat sini dalam empat kali lah jugak. Yang paling ramai orang rembat, Luna Dress dia. Sangat lawa. The latest one, princess-cutting punya. And yeahhh, aku dapat rembat jugak :D . Tu la item paling hot sekali macam pisang goreng. Cepat je habis. And kat MiaSweetopia aku pernah beli Luna Dress, Curly Cardigan, Blouse, Princess-Cut Blouse and Candy Chiffon 50". Dont worry beb, yang pasti semua muslimah and tutup aurat. Candy Chiffon dia pun bidang besar. Try lah tau. Ni ranking no #1 ! :DD


"One of MiaSweetopia collections, Princess-Cut Luna Dress"


Alright. Kalau masih tak kenal dgn founder Aroush ni, nama dia Hanisah. Kakak kepada Dena Bahrin yang ramaiii orang minat tu. Hehehe. For those yang nak carik shawl labuh yang dari jenis kain yang best-best and jenis tak jarang and sangat labuhhh and besar, u may try this. Ni kali ke-tiga aku bershopping di Aroush. Shawl dia sangat selesa okay. At the moment, baru try Nadyne, Lulu and Syaima Shawl. Sangat comfotableeee. Recommended sangat! Ni untuk shawl lover boleh lah try Aroush. Aku pun suka shawl tapi sekarang ni nak balance kan shawl ngan tudung empat-segi. Skrg ni shawl sume singkat-singkat. Tak suka. So , try la Aroush okay! :D


"With 'Pink Belacan' Nadyne Shawl and 'Polka Dot' Lulu Shawl"


Alright. Kali ni Nourish production dia just tumpu pada hijab shj. Dress sume aku tak tahu pulak sbb aku just pernah beli sekali je kat Nourish. Aku beli Heliza Shawl. Nourish pun salah satu yang jual shawl labuh. Heliza Shawl nii sangat labuhhhh okay. Sangat. Kalau u'olss salah lilit, habislah. Macam ape tah jadinya. And pakai ni perlu kesabaran yang tinggiii. Aku sampai nak mengamuk sbb pakai tak jadi. Tapi bila dah buat LIMA ENAM kali, alhamdulillah boleh lah sikit. Aku beli Mustard color. So, korang try match-kan dengar dress warna lain pulak . U'olls boleh try pi terus kat fan page dia. Skrg dia pun baru restock new Heliza Shawl. Rembat tawww. Oh yaa, Heliza Shawl ni lain dari shawl biasa. Dia ada tali khas! Tu yg unik. Hihihi. Okay , selamat mencuba ;D



Sekarang trend orang pakai Mermaid Dress kan. Korang perasan tak? Ke tak perasan. Hahaha. OK. Aku pun salah sorang tak nak tinggal. Kelas kau jah! But then, banyak seller yang jual Mermaid Dress ni. Tapi aku tetap suka NuuraShop punya SEBAB dia murah and labuh. Kalau korang tinjau-tinjau kat seller lain, mostly dorang jual RM50+ . Ada yang RM60+ . Mahal giler. Ni aku beli below RM50 okay. And from NuuraShop ni dia labuh and boleh tutup peha part kaki korang. And dia jenis besarrrrr. Tak macam certain yang dorang jual agak pendek. I tak sukaaaa. And from NuuraShop jgk, aku beli ZigZag skirt. Still murah. And yet, aku siap dapat free postage sbb beli dua items. See? JIMAT okayh. So aku matchkan outfit ni dengan Heliza Shawl. Nak tengok outfits, please refer gambar atas ni yang color mustard tau. :)


Aziya ni dia jual memacam. Tapi tetibe haritu aku terpukau dengan cardigan labuh dia. Paras lutut. And I just love itttttt :DDD. Aku beli colour purple. And yet, MURAH lagiiii okay. Below RM50. Sangat murah. Korang kena pandai cari. Ada yang jual cardigan labuh sampai RM50+. Pastu paling best, cardigan dia jenis labuh and longgar. Tak ikut shape badan. Yang pentinggg, tutup aurah! Tu prinsip kita sebenarnya. Hihihi. And nanti kalau dia restock, pasti aku nak rembat lagii selai :D


"Yang pasti labuh and tutup punggung :D"


PopLook adalah salah satu heaven shopping aku paling best. Aku dah membeli-belah kat sini since 2010 kodd kalau tak salah. Aku suke apparels dia. Banyak pilihan. Ada sizes. Longgar, Long-sleeves and else. Tapi selalu beli skirt and dress jela kodd kat sini. Kain dia sangat best and yang paling lagi best, FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA! OK. Gila kan. So, jangan tunggu lama-lama. Shopping okay!

"PopLook's Skirt"

Sudah. Hihihi. Tu yang paling kerap intai-intai laaa. Tapi ada yang lain juga cuma takdak gambar nak view. So, kat bawah ni aku list kan seller yang selalunya jadi bahan rujukan aku. Moga-moga jangan rambang mata ye. Hihihi.

1. CalaQisya - Dress sangat lawa. Please cepat-cepat grab sayangggg.
2. CalaMan - Penggemar kasut-kasuttt boleh la 'bookmark' page ni yaw!
3. NurulWonderWardrobe - Best Quality ever! Please try, deariesssss
4. ChantekDress - Kalau nak cari another Mermaid Dress, leh try sini.
5. BajuGraphy - Baju kat sini sangat lawa! And banyak dress labuh jg.
6. QeeraCollection - Baju kurung dia semua lawa-lawa. Boleh tgk :)
7. NurTasnimCollection - Another baju kurung collection :)
8. OldBlossomBox - Koleksi warna-warna pastel :DDD
9. Padieka - Dress labuh yg lawa.
10. ILovePastelina - Paling feveret punya pastel website :D
11. MissLilyShop - Ada custom-made utk Peplum Dress!
12. GetGorgeous - Colourful aparels! Love it :D
13. AshanimDressLab - Cardigan labuh? HERE! *Owner ni taja banyak artis :)
14. Deenify - Muslimah Shirt. MY FAV AMONG THE REST, SERIOUSLY :)
15. TudungNur - Tudung labuh. Upon request. Custom-made. FAV <3

===================================================================

Setteled. So tu lah antara seller yang aku kerap visit lah. Ada lagi ni haa, tapi yang lain-lain tu semua yang aku tak berapa nak kerap sebab bukan taste aku. Ada seller jual shawl/tudung tapi jenis singkat and bidang kecil. Sorry, tak dapat nak listkan sbb aku listkan yang better kita pakai sbg muslimah. And maybe dalam list aku bagi tu ada jgk yang pakaian nya yang tak mengikut syara' saangat but yet, you guys dah besar and dah boleh menilai :). Sweet kan bila kita pakai something yang menutup aurat. Percayalah sayangku :')

Hihihi and yesss, esok aku dah berangkat ke Johor. Mula hari aku yang busy. Tiga minggu cuti raya memang tak cukup. Haritu sempat lah menelaah kat Sunway Pyramid beli apa yang patot. So I bought these thingssss :D


Four Square Bag, Board, Cat Shampoo (All from Daiso Japan). Anna Sui Mirror. Shirt Princess on Board. Orange Flat from Brand Outlet. Cleanser and toner both from Yves Rocher. Still guys, I didn't buy any dresses or aparels okayyyyy. Semua biasa. Tak ada yang unik. So i jst grab these. Flower bag tu untuk letak stationery aku bila naik semester baru nanti and barang-barang lain. Board tu untuk notes-notes aku utk ditampal. Shampoo untuk my catssss. Cermin utk peribadi iiiiiii. Huhuhu. Kasut untuk jalan since kasut flat aku tak banyak. 

Oh bytheway, nak introduce kite punye kegemaran cleanser :D


it
is
from
YVES ROCHER !!

Agak over kan. Sorryyyy. Lupa nak caerita pasal kasut and bags. Usually bags aku tak kesah sangat. Asalkan ada yang aku suka, aku beli. Murah mahal, asalkan lawa. Tapi bab dresess semua tu , part tu demand sikit. Part bags ni langsung tak amik port! Tapi aku sangat amik port bab kasut. OK. Sekarang ni aku banyak kasut heels, wedges and mcm2 lagi. Flats sangat lah tak dak. So, aku dah tak berapa nak pakai tinggi-tinggi tu since aku pun memang dah tinggi kan. Ehe.. Actually sebab tak manis kan pakai kasut yang bunyi-bunyi yang boleh tarik perhatian orang. Bukan nak berlagak baik, cuma nak jad baik :'). So kasut memang aku TAK PERNAH beli online. EHH? Ade kot sekali dulu. Tapi nasib baik muat! Well, kaki aku sangat besar and lebar. Sangat susah nak cari kasut.




Gambar pertama from Carlorino and yang kedua from Brand Outlets. To be honest, aku sangat suka Brand Outlets. You know, kasut dia semua FLATSSSSS. And paling best, saiz dia semua till 10 ! OK, memang heaven. Haritu aku kat dalam Brand Outlets nak kat sejam lebih cari kast. Banyak sangat wehhhh, taktahu nak pilih mana. Tapi kasut, aku jenis tak kisah. Ada saiz, aku rembat. Dude, Bata pun aku pakai tauuu :DD

And ada juga tanya what type of tudung actually yang aku pakai. Awak. Ye, kita dulu pakai bawal bidang 45" tapi kite buat labuh since bawal tu sangat jarang. And now, dah berjinak-jinak ke shawl labuh. Tutup dada, tutup belakang. And mula berjinak ke tudung Akel Bidang 50"/60". Kadang-kadang pakai Akel juga :) Alhamdulillah, setelah lima bulan penghijrahan aku rasa tenang. Doakan sama-sama utk aku tau.

So guys. That's all for now. Rase macam kali ni banyak upload gambar. Hahaha. Mungkin nampak aku agak membazir but actually I am not :p Hahaha. Gurau je. Ok camni. Siapa kata Islam tak bagi kita bergaya semua. Boleh sayang. Tapi ikut syariat lah ye. Tutup yang wajib. Oh yaa, jangan terlalu tabbaruj (berhias berlebihan). Nak tahu something? Kalau keluar kan, I don't wear any make-up. Even a lip balm. Aku jst pakai pack powder. That's all.  Pakaian tu as long as tutup semua, LABUH and longgar.

Boleh bergaya, tapi ada caranya, Ikutlah formula ni sahabat :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + armsock + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan 

=

SOLEHAH !


Peringatan ni untuk diri sendiri dan semua yang berkenaan. Alright, any request boleh ajukan pada aku naa. In Shaa Allah. Moga entry kali ni bermanfaat. 

Uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan abada! 
Wasalam :)

Tulusly,