Wednesday, 24 October 2012

It's Showtime!






Salaam'Alayk everyoneeee! Boys and girlssss! Hihihi. Okay okay. It's been awhile huh I didn't update any entry? And tell you now, I freaking miss this! Nak dekat sebulan plus plus aku tak update ape-ape langsung and yaaa blog aku pun sunyi je. Traffic pun dah slow, maybe takde entry baru kot. Hihihi *perasan!

Okay, let's start. Aku dan kawan-kawan aku yang lain telah dijemput untuk menghadiri satu majlis under fakulti punye anjuran lah kan and ia adalah Majlis Anugerah Dekan 2012. Well as you can see the picture above lah. Alhamdulillah alhamdulillah nama aku tersenarai untuk hadir ke majlis ini. Aim majlis ni simple, untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM yang telah bekerja keras sehingga dapat perolehi keputusan yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang hadir ni adalah dari yang terpilih iaitu berdasarkan GPA every sem. So ni untuk sesi 2011/2012 which means ada dua semester. Dah nama pun anugerah dekan, so paham-paham la pointer nye berapa ye.


Sebenarnya setiap fakulti kat UTHM ni akan anjurkan majlis anugerah ni tapi ikut fakulti masing-masing la. Memandangkan fakulti aku ni tak lah seramai bebudak dari fakulti kejuruteraan as example, so pihak pengurusan telah organize majlis ni dibuat di Dewan Kulian 1, Library UTHM. Paling menakjubkan , semua Tg'ies Girls dapat anugerah dekan ni. Alhamdulillah. Tapi ada beberapa cerita di sebalik sebelum majlis ni berlangsung yang juga mengusutkan kepala aku semalaman.




Sebenarnya aku ada masalah dalam baju ape aku nak pakai. Kalau notice yang semester kali ni memang lah teramat xpernah aku gi kelas pakai baju kurung. Seriously :O ! Jadi, aku ada masalah pakaian apa yang aku nak pakai. Belek punye belek almari, adalah satu baju ni yang actually ni baju raya aku. Hahaha. Okay, poyo. And baju ni aku tersangat sayang ya amat. Why?


  • Baju ni aku beli sekali ngan mak aku. And paling menarik, baju ni dibeli masa raya yang ke berapa tah. Hahaha. Lambat kan shopping? Niat nak jenjalan je, tapi tetibe jumpe yang ni :D
  • Baju ni aku beli sepasang ngan mak aku cuma mak aku nye warna cokelat.
  • Sebab baju ni sangat unik and cantik :p Sebab die ada layer yang tinggi and membuatkan aku terasa "Wow".
Nak dijadikan cerita, majlis itu bertarikh 23 Oktober 2012 iaitu Selasa jam 1.45 petang. Malam Isnin aku dah keluarkan baju ni and around pukul 2 pagi aku gosok baju ni. Sesudah aku gosok, aku pun gantung lah kan. Tapi tetibe aku terasa macam ada konyot-konyot lagi since kain baju ni sangat la sensitif you know! Aku terpaksa pasang heat paling tinggi punyeee sebab lambat benorrr and aku pulak time tu dah nyanyok and memang terasa dah mengantuk gila. And aku pasang heat paling tinggi and aku pun teruskan meng-iron and suddenlyyyyy baju aku terkoyak u knowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww. Dalam hidup aku ni adalah kali pertama aku gosok baju terkoyak! Lubang nye sangat besarrr and lubang tu kat bahagian depan bawah. Aigooo, sangat memalukan and aku memang dah tak de bajuuuu nak pakai !

Malam tu tido pun penuh tak lena. Sangat berharap esoknye ada tukang jahit yang nak amik baju aku ni untuk di alter kan. Paginya aku bangun agak awal dari biasa. Hahaha. 30min aku cari kedai yang boleh alter. Banyak sebenarnya kedai jahit kat Parit Raja ni, tapi masalah nye semua taknak amik and tak buat alter. Sakit hati ya amat! Kebetulan aku pulak nak guna baju tu pukul 2 and time tu dah pukul 1030 pagi. Sampai laaa aku jumpe satu kedai jahit. Ya Allah, alhamdulillahhhh sebab akak ni nak amik baju aku tu. Kebetulan semua baju tempahan die dah siapkan and die pun tengah free. Setelah penat berbincang, dia telah cadangkan untuk tambah kerawang kat area bawah baju tu. Macam korang tengok dalam gambar baju kat atas tu, ada kerawang kat bawah baju. Haa, hat tu la yang die tambah. Kalau tidak, meamng berlubang weh kat bawah tu. And tetibe au tengok macam lawa la pulak baju ni bile dah tambah kerawang tu! :D So, dalam 1230 tengah hari baju aku siap. Aku pun bergegas pulang and siap-siap pi majlis :)

Ramai yang datang dalam anugerah tu. Pensyarah, staf-staf pengurusan dan teknikal and student-student yang terpilih. Mostly dari pelajar tahun 2, tahun 3 and ada juga pelajar yang tengah buat LI ( practical ). Best sungguh dapat berkumpul reramai macam ni. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan dari dekan fakulti.


Aku rasa sangat bersyukur dan sebenarnya terasa beruntung sangat dapat hadiri majlis ni. Kadang-kadang aku rase aku ni kecik sangat jika nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain. Terasa siapalah aku boleh ada dalam majlis ni. Walau apapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab beri aku kesempatan untuk merasa kemeriahan dan penghargaan ni. Jangan terkejut yang kitorang di panggil setiap sorang untuk kedapan and amik sijil. Kitorang dipanggil mengikut urutan nama dan sesi. Kau bayangkan jah, bila sampai kat depan and salam dengan dekan and tangkap gambar sama-sama ngan dekan. Fuh! Awesome okay! And paling tak best nye, aku duduk bahagian atas jugak la. Nak turun ke bawah tu, alahai jangan cakap sangat malu. Nasib baik aku tak pakai heels ke hape. Hadoii la. Jenuh nak sampai bawah. And paling tak boleh blah lagi, ada jugak cabutan bertuah and guess whatttt, aku dapat kau tahu tak jahhhhhhhhhhhhh!

Daniel Lee with me :)


Bebudak TGies semua tak dapat lucky draw ni. Aku and Daniel Lee antara yang dapat. Dorang cabut ikut no matrik masing-masing. Paling bestnya, aku memang dah agak dah memang aku tak kan dapat lah kan. Sebab aku meamng tak pernaahhhh terkena pun lucky draw ni. So this was my first time lah. Macam batak semacam. Eh tapi kan, seriously aku tak expect aku sebab time depa dok umumkan orang yang dapat lucky draw ni, aku memang tak dengar langsung and aku sebok dengan tablet aku and online Twitter and Facebook. Aku tak amik port langsung. Sekali orang tu sebut :


"AI110088 !!!!"

Tak ke terbeliak mata aku and pecah gegendang telinga aku bila dapat tahu yang no matrik aku menang lucky draw? Mengikut pendapat dari orang cina, nombor "8" ni sangatlag ONG. And aku sangat tak percaya sampai lah pada hari kejadian, memang naik pun nombor matrik aku ni haaa! Aku turun agak lambat sebab terkejut and gelabah pun ada sebab kene turun ke bawah buat kali kedua. Sangat malu ah. Gila punya. Kelas kau jah, tak nyesal pi hantar baju gi jahit! Hahahahahaha!

So bawah ni aku selitkan gambar-gambar selepas majlis tu. Kami dok tangkap gambar kegembiraan. Gambar-gambar diambil sekitar Library, UTHM dan menggunakan camera tablet aku :)





Alhamdulillah! Semua ni atas usaha keringat sendiri. Penat lelah selama ni. Biaselah, bak kata orang nak rasa manis kene rasa pahit dulu kan. Bukan senang-senang nak dapat. Walaupun hanya sijil, tapi dia sangat bernilai dan berharga. You know, kau boleh siap buat frame khas untuk sijil and gantung kat rumah. Then bile kau dah ada anak nanti, dorang tanya dengan bangganya kau jawab kan? Mesti anak-anak kau nak jadi macam ni juga. Who doesn't? 

Aku sangat beruntung dan berterime kasih kepada Allah kerana mengurniakan kawan-kawan yang sangat supportive and sangat saling bantu-membantu antara satu sama lain. Di sini aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa aku dan dengan bangganya, Dr. Zahari Bin Othman dan juga Puan Atikah Binti Latiro yang tak pernah putus-putus mendoakan kejayaan aku serta membekalkan aku dengan bimbingan agama yang cukup serta keperluan dan juga kehendak buat diri ku ni. Sangat berterima kasih kepada abahku yang selama ni menjadi tulang belakang dalam menyeport kewangan pembelajaran aku sepanjang aku berada di UTHM. Aku pasti akan ikut jejak abah aku tapi untuk setanding abah mungkin sukar tetapi niat yang baik pasti akan Allah tolong kan?

Terima kasih juga untuk pensyarah-pensyarah aku selama niiii tak kiralah secara langsung atau tak langsung, rakan-rakan seperjuangan, classmates, housemates, family and others! Terima kasih banyak-banyak. Halalkan segala ilmu yang diberi. Ecewah, macam besar sangat je kan anugerah ni :p



Aku sangat sangat terharu bila satu hari tu abah ade belikan aku satu gelang yang die beli khas dari Sabah. Sabah sangat popular dengan mutiara and kristal. Aku tak berapa minat mutiara. And abah telah belikan aku seutas gelang kristal punyeeee khas dari Sabah. Paling best, batu batu kristal tu abah yang pilih and also the color pun dia pilih cuma design tu je die suruh orang tuh design sendiri. Paling best, dia color pink + purple. Sangat lawa and aku jarang pakai sebab sayang. Takut hilang. Aku jamin ni memang betul kristal punye hahahaha. So, abah hadiahkan aku sebab kejayaan aku selama setahun di UTHM :')



Aku akui yang semester satu dulu aku mengharapkan ganjaran kalau aku berjaya dapat dekan. And aku tuntut kat abah, and abah bagi sejumlah wang. Tapi bila masuk semester dua, aku rasa tak patut aku mengharapkan ganjaran maka aku usaha tanpa mengharapkan apa-apa and yet, abah tetap beri aku hadiah tanpa aku tuntut apa-apa. Maka dia bagi aku seutas gelang :)

Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Aku berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku akan sedaya upaya untuk fokus 100% dalam studies aku dan juga kokurikulum. Aku taknak fokus pada akademik semata. In Shaa Allah, doakan aku ya. 



Perasaan gembira tu jangan cakap la. Sampai tak terkata and tak terkira. Aku doakan kite semua sentiasa dirahmati dalam menjalani harai hari yang mendatang. Semoga kita tidak lupa asal usul kita, dari mana kita datang dan yang pasti tak pernah lupe dengan yang Satu, Allah. In Shaa Allah. Moga berjumpa di entry seterusnya ya! Wasalam guys :)





"Man Jadda Wajada!"
(Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil!)


Tulusly,