Monday, 12 November 2012

Secretly

Salam'alayk.

Alhamdulillah, sekarang kite dah berada di pertengahan November. Pejam celik, pejam celik, dah setengah semester aku lalui untuk semester empat ni. Biaselah, bila masuk midterm banyak lah kerja-kerja kene buat. Sangat sibuk dengan tests and assignments kene hantar. Minggu lepas, aku kene menghadap enam tests. Ya Allah, hanya tuhan ja taw ape yang aku rasa time tu. Selasa ada test Management. Jumaat ada test Graphic Programming. Sabtu aku ada paper Muet time pagi and time petang aku bergegas balik nak pi amik test System Analysis and Design. Aku hanya mampu tawakal ja. Bayangkan enam kertas kau nak kene back up. Sangat menguji aku.


Tapi lately aku dan kawan-kawan rumah sering diuji dengan sesuatu yang mampu melemahkan kita. Siapa? Iaitu, lelaki :) Sini aku cebiskan sedikit kata-kata semangat agar kita tidak mudah jatuh dengan percintaan di usia muda yang kadang kala bila aku fikirkan kembali, ia adalah satu keadaan yang hanya merugikan dari segi masa, hati dan perasaan and such. Mungkin korang boleh cakap :



"Ala, poyo lah yad. Kau pun dulu couple jugak. Dah putus tahu pulak nak cakpa macam ni"

Terserah. Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kite tak kan lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan tu lah yang akan mematangkan kita. Seriously. Moga kite sentiasa dilindungi Allah.


Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Dan Ya Allah, Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah.
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah dia dari ingatanku.
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta, Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Menegerti,
Berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.
Agarku dapat berbahagia walapun tanpa bersama dengannya.

Dan Ya Allah yang tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang.
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun  tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah, ya Tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku.
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.

Ya Allah..
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat.
Dengan rintihan dari hamba-Mu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat.

Menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Aamiin..
Ya Rabbal'Alamin..

Tulusly,






No comments:

Post a Comment