Monday, 18 February 2013

Ya Ummi

Salam'alayk.

Begitu banyak yang aku nak ceritakan tapi mase tak mengizinkan dan juga tetapi, tak tahu kenapa untuk entry kali ni terdetik aku nak luahkan ape yang terpendam dalam hati aku.

Cuti semester empat aku dah pun berakhir. Sepatutnya aku sudah pun berangkat pulang ke Johor, semalam (Ahad) tetapi perasaan dan keinginan yang sangat mendalam untuk anjak lagi sehari cuti dan aku telah berbincang dengan rakan-rakan aku; Kak Fiza, Faizah untuk pulang pada hari Isnin dan dorang pun setuju.

Cuti terasa cepat berlalu. Pejam celik pejam celik, dah sebulan aku cuti. Sepanjang cuti sebulan ni banyak masa aku habiskan/luangkan dengan keluarga aku. Bila lagi nak jumpa dorang. Cuti panjang pun sekali setahun. Pasni semua cuti jap-jap je.

Aku tersangat rindukan keluarga aku. Alhamdulillah. Perjalanan kami dari Shah Alam ke Johor tadi dipermudahkan. Berkat du'a dari ibubapa kami. Walaupun aku tiba kat rumah sewa dalam jam tiga, tapi aku selepas tu aku sebok mengemas beg-beg dan persiapkan diri aku seleum maghrib. Memang tak dapat nak rehat lagi. Tidur pun tak sempat lagi. Drive 4 jam, sampai sekarang tak dapat nak rehatkan diri.

Aku tak tahu kenapa aku macam ni. Kalau ikutkan, bila kite dah bersama ngan kawan-kawan kite, kite jadi okay. Itulah sepatutnya jadi kat aku. Tapi aku tak tahu kali ni aku tak de rase pape. Cuti panjang kali ni banyak memberikan kesan yang dalam buat diri aku. Kerana?



Mak dan abah. Pagi tu mak tak pi kelas sebab nak tunggu aku bertolak. And pagi tu aku xsempat nak salam abah sebab aku bangun lambat. Bila bangun, abah dah pergi kerja. Aku nak drive balik pun sayu je, lagi-lagi bila tengok mak kat pagar sambil lambai-lambai kat aku. Ya Allah.. Aku tak nak balik.

Aku tahu abah banyak berkorban untuk aku. Aku tahu dia nak aku gembira, lengkap dengan segala-galanya. Ape aku nak, semua abah bagi. Tapi apa aku bagi kat abah? Tak de. Allahu.. Teruknya aku. Pointer aku semester lepas turun mendadak. Tapi Abah tetap cool dan terima dengan redha. Aku tahu, dia bukan nak lihat pada pointer aku tapi dia nak lihat pada pengakhirannya nanti aku mampu membanggakan abah sebab aku tahu abah memang nak aku jadi macam dia satu hari nanti. Cuma berkali aku bagitahu, aku bukanlah antara yang cerdik dalam kalangan adik-beradik aku. Aku sederhana. Aku takut aku tak mampu nak lakukan. Abah bagi segalanya. Terdetik di fikiran aku siang tadi sambil-sambil aku mengemas beg, abah bagi belanja sangat cukup. Lebih dari cukup. Kenapa aku tak pernah nak simpan sikit sekalipun belanja tu utk diri aku? Kenapa aku boros? Kenapa? Kenapa aku tak tahu nak menghargai? Allahu.. :'(

Mak pula antara yang sentiasa beri semangat kat aku. Mak sangat penyanyang. Malam terakhir before nak balik, malam tu mak datang ke balik aku. Masa tu aku tengah tidur. Kemudian mak terus baring sebelah aku. Aku seda kehadiran mak dan aku terus peluk mak. Aku tahu mak pun rasai ketiadaan aku kat rumah nanti. Tiap kali dengar lagu Law Kanana Bai Nana, mesti aku akan teringatkan Mak. Mak memang minat sungguh dengan lagu tu. Mak selalu pesan aku agar aku tak tinggal solat. Itu penting. Dia juga bekalkan aku ayat-ayat pelinndung. Dia sentiase ingatkan aku yang tiada apa yang kita perlu takutkan melainkan yang Satu, Allah.

Aku rindu mak. Aku hantar 'sms' ke no mak sebelum aku taip entry ni. Dalam 'sms' aku.. 

"Mak.. Ida rindu mak. Sekejap je cuti kan. Selamat malam, mak.."


Ringkas. Macam-macam aku nak cakap tapi cukuplah sekadar ni. Aku sedih sangat saat ni. Saat ni aku cuma bayang semua ahli keluarga aku. Bila lah lagi kami semua boleh berjumpa dan berkumpul lagi.. Seronok nya aku bila semua mereka ada kat rumah. Aku bahagia. Allahu..

Aku sayang dorang. Aku takut kehilangan dorang. 


Abah. Mak. Along. Kak Ina. Abang Fiq, Aus.. Ida sayang semua.





p/s : Saya tahu abang saya sedang membaca entry ini. Dan jika ya.. Abang Fiq, kirim salam semua. Ida sayang semua. Terima kasih sebab mampu menjadi seorang abang yang penyayang. Sukar mencari seorang abang yang tabah dan penyayang seperti mana apa yang Ida ada sekarang. 


Yang Ikhlas,



1 comment:

  1. Assalamu3alaykum
    Alhamdulillah... Bersyukurlah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita
    Sentiasa bersangka baik dengan Allah
    Doakan mak abah n keluarga selalu... :)

    ReplyDelete